the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, June 25, 2026
23.6 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Lebih 7,000 koperasi gagal kemas kini akaun, SKM beri bimbingan sedia penyata akaun – Ramanan

KUALA LUMPUR: Sebanyak 7,779 koperasi di seluruh negara gagal mengemas kini akaun masing-masing, manakala 2,304 lagi tidak menjalankan audit, kata Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Seri R. Ramanan.

Bagaimanapun, beliau berkata Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) telah menyelesaikan isu itu dengan memberikan bimbingan, latihan dan bantuan dalam menyediakan penyata akaun bagi memastikan koperasi berkenaan tidak menghadapi masalah pengurusan kewangan.

“Baru-baru ini bantuan kewangan disediakan bagi pengurusan audit dan perakaunan untuk koperasi di Semenanjung Malaysia sebanyak RM3,000 dan bagi Sabah dan Sarawak, sebanyak RM3,500,“ katanya pada sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menjawab soalan tambahan Dr Richard Rapu (GPS-Betong) mengenai jumlah koperasi yang gagal menyediakan penyata akaun teratur dan pendekatan Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) untuk membantu koperasi berkenaan meneruskan perniagaan dan mematuhi tadbir urus ditetapkan.

Secara keseluruhan, Ramanan berkata terdapat 16,009 koperasi berdaftar di seluruh negara dan 9,823 daripadanya masih bergiat aktif.

Menjawab soalan Wan Razali Wan Nor (PN-Kuantan) yang ingin tahu tindakan KUSKOP dalam mengawal koperasi bermasalah, Ramanan berkata SKM telah mengambil langkah pencegahan dengan membangunkan garis panduan bersesuaian sebagai amalan terbaik dalam tatakelola dan pengoperasian aktiviti koperasi.

Beliau berkata antara aktiviti penyeliaan terhadap koperasi bermasalah dalam pengurusan kewangan termasuk mengadakan libat urus bagi membangunkan pelan pemulihan atau daya tahan kewangan dan memantau pelaksanaan pelan berkenaan.

Selain itu, langkah kawalan bagi menjamin ahli koperasi agar tidak mengalami kerugian pula termasuk tindakan preventif dan intervensi oleh SKM ke atas aduan awam berkaitan aktiviti koperasi yang meragukan.

“SKM memang mampu untuk mengawal selia koperasi dengan kapasiti yang sedia ada. Terdapat cawangan-cawangan di seluruh negara dan SKM mempunyai petugas yang cukup untuk mengendalikan koperasi terbabit,“ katanya.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings