the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, June 25, 2026
24.5 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Kerja pembaikan kawasan lubang benam depan Wisma Melayu siap hujung Disember

KUALA LUMPUR: Kerja-kerja pembaikan di kawasan ground zero insiden lubang benam di depan Wisma Melayu di sini, dijangka selesai pada hujung bulan ini.

Justeru, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Dr Zaliha Mustafa berkata aktiviti biasa di kawasan itu dijangka dapat dilaksanakan kembali pada awal tahun depan.

“Kerja-kerja baik pulih tapak lubang benam kedua, iaitu berhadapan bit Polis Jalan Masjid India telah siap sepenuhnya dan jalan serta lorong berhampiran telah dibuka kepada orang awam pada 10 Nov lepas,“ katanya pada sesi soal jawab di Dewan Negara hari ini.

Beliau menjawab soalan Senator Tan Sri Mohamad Fatmi Che Salleh mengenai laporan terkini isu lubang benam yang berlaku di Kuala Lumpur dan sama ada kerajaan telah mengenal pasti kawasan berpotensi berbahaya dan berkemungkinan kejadian sama berulang.

Dr Zaliha berkata kerajaan telah bersetuju memperuntukkan RM10 juta bagi membantu Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menjalankan kerja-kerja kajian geoteknikal struktur lapisan tanah di jalan utama di sekitar Kuala Lumpur menerusi Belanjawan 2025.

Beliau berkata DBKL juga sedang membuat kompilasi ulasan-ulasan daripada pelbagai agensi untuk dimasukkan bersama dalam laporan serta analisis data siasatan tanah yang telah dijalankan.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Aberdeen Technical School “ATS Robot” Wins 1st Runner-Up at Robofest World Championship

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire – 25 June 2026 - The robotics team from Aberdeen Technical School (ATS), ATS Robot, has shone brightly on the academic innovation and technology stage in recent years.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings