the sun malaysia ipaper logo 150x150
Sunday, June 28, 2026
31.1 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Malaysia, Mesir punyai peluang akses pasaran ke ASEAN, Timur Tengah dan Afrika – Tengku Zafrul

KUALA LUMPUR: Malaysia dan Mesir mempunyai peluang untuk saling membantu mengakses pasaran masing-masing dengan Malaysia sebagai gerbang ke ekonomi ASEAN yang dinamik dan Mesir sebagai pintu masuk ke pasaran Timur Tengah dan Afrika.

Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Aziz berkata menerusi pertemuan bersama pengurusan kanan lebih 60 syarikat terkemuka Mesir dan 20 syarikat Malaysia pada Ahad, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menekankan peluang besar bukan sahaja dalam pasaran Malaysia malah pasaran ASEAN yang semakin berkembang.

“Dengan Malaysia bakal menjadi Pengerusi ASEAN pada 2025, Mesir berpeluang untuk meningkatkan penglibatannya dengan rantau ASEAN melalui perkongsian rapat dengan Malaysia.

“Sektor seperti minyak sawit, farmaseutikal, peranti perubatan, tenaga, keterjaminan makanan, infrastruktur, dan teknologi dikenal pasti sebagai bidang strategik untuk diterokai oleh syarikat-syarikat Mesir,“ katanya menerusi satu hantaran di X, hari ini.

Melalui rangkaian 16 Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) Malaysia termasuk ASEAN, Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP) dan Perjanjian Komprehensif dan Progresif bagi Perkongsian Trans-Pasifik (CPTPP), beliau berkata pelabur Mesir berpeluang menikmati akses lebih luas dan insentif menarik ke pasaran antarabangsa yang melangkaui sempadan serantau merangkumi negara seperti Jepun, Australia, Kanada, dan Amerika Latin.

“Dengan sokongan kuat daripada MITI dan ekosistem pelaburan Malaysia yang mesra, Mesir kini berada pada kedudukan sangat baik untuk memanfaatkan platform ini bagi memperkukuhkan kehadirannya dalam rantau pesat berkembang ini.

“Perkongsian Malaysia-Mesir ini menjanjikan potensi besar untuk meneroka peluang baharu di ASEAN dan memperluas penglibatan ekonomi lebih strategik,“ kata Tengku Zafrul.

Tengku Zafrul kini berada di Mesir, menyertai delegasi Perdana Menteri dalam lawatan rasmi empat hari ke Mesir bermula Sabtu lepas atas undangan Presiden Abdel Fattah El-Sisi.

Mesir kini merupakan rakan dagangan kelima terbesar Malaysia di benua Afrika dengan nilai dagangan mencapai RM3.35 bilion pada tahun 2023.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Security is the new market access: Kigen is leading the IoT security mandate

Kigen says cybersecurity is becoming a prerequisite for market access, highlighting how the EU Cyber Resilience Act and secure eSIM technology are reshaping IoT manufacturing through compliance, resilient connectivity, and long-term trust.

YF Life clinches Hong Kong Economic Journal’s “Outstanding Application of Diversified Investment Strategies” award...

YF Life has won the Hong Kong Economic Journal's "Outstanding Application of Diversified Investment Strategies" Award for the second consecutive year, recognising its "Invesurance" approach, diversified asset allocation strategy, and commitment to delivering sustainable long-term value and financial strength for clients.

Nexus Aesthetic Clinic to host pro bono aesthetic literacy talk for women in Singapore

Nexus Aesthetic Clinic will host a free public education talk to help women make informed decisions about medical aesthetic treatments, focusing on consultation-first assessments, patient suitability, treatment risks, and the importance of achieving natural-looking outcomes through responsible medical judgement.

Singapore Institute of Management: Student life and campus communities becoming a key deciding factor...

Singapore Institute of Management is strengthening student engagement through nearly 80 clubs and co-curricular activities, reflecting growing demand for holistic education that combines academic excellence with wellbeing, leadership, social connections, and career-ready skills.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings