the sun malaysia ipaper logo 150x150
Sunday, June 28, 2026
26.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Remaja perempuan ditahan kes buang bayi dalam tandas kompleks beli-belah

JOHOR BAHRU: Polis menahan seorang remaja perempuan berusia 19 tahun susulan penemuan seorang bayi lelaki di dalam tandas sebuah kompleks beli-belah di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara ACP Balveer Singh Mahindar Singh berkata bayi berkenaan yang berlumuran darah bersama uri dijumpai pekerja pembersihan pada 4.51 petang.

Beliau berkata siasatan dilakukan Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Johor Bahru Utara sebaik laporan polis diterima sekali gus membawa kepada penahanan remaja itu di sekitar Tampoi pada 8.40 malam hari sama.

“Hasil siasatan yang dijalankan, pihak polis kini sedang giat mengesan seorang lelaki tempatan untuk membantu siasatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata bayi tersebut berada dalam keadaan stabil dan sedang menerima pemeriksaan lanjut di Hospital Sultanah Aminah, di sini.

Kes disiasat mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings