the sun malaysia ipaper logo 150x150
Monday, June 22, 2026
30.3 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Wang tunai lebih RM45 juta dijumpai di pejabat, rumah dan kereta bekas pengarah JANS – Hakim

KOTA KINABALU: Lebih RM45 juta wang tunai telah dirampas daripada bekas Pengarah Jabatan Air Negeri Sabah (JANS) Ag Mohd Tahir Mohd Talib dalam kes pengubahan wang haram pada 2016, kata Hakim Mahkamah Sesyen Abu Bakar Manat.

Beliau berkata berdasarkan keterangan saksi, wang tunai sebanyak RM23.69 juta dijumpai di pejabat Ag Mohd Tahir, 62, di Wisma Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) di sini dan RM8.56 juta di rumah tertuduh serta isterinya, Fauziah Piut, 59, manakala RM9.19 juta ditemukan di dalam kereta jenis Mazda dan RM4.13 juta dalam kereta jenis Mercedes.

Beliau berkata pelbagai mata wang asing turut ditemukan dan disita termasuk dolar Amerika Syarikat, pound sterling, euro, dirham Emiriah Arab Bersatu, baht Thailand, yuan China, dolar Hong Kong, yen Jepun, dong Vietnam, won Korea, riyal Arab Saudi, dolar Singapura dan rupiah Indonesia.

Turut disita wang dalam akaun bank Ag Mohd Tahir berjumlah RM4.15 juta.

“Sepanjang perbicaraan kes ini, berdasarkan keterangan saksi pendakwaaan dan penemuan wang tunai yang begitu banyak di beberapa tempat, mahkamah berpuas hati pendakwaan telah membuktikan bahawa OKT1 (Ag Mohd Tahir) menggunakan kedudukannya sebagai Pengarah di JANS.

“(Ag Mohd Tahir) telah terlibat dalam aktiviti haram iaitu rasuah melalui skim kutipan berpusat yang bermula sejak tahun 2005 hingga tahun 2016,” katanya dalam penghakiman di akhir kes pendakwaan.

Justeru itu, beliau memerintahkan Ag Mohd Tahir, Fauziah dan bekas Timbalan Pengarah JANS Lim Lam Beng, 70, membela diri atas pertuduhan pengubahan wang haram setelah mendapati pendakwaan telah berjaya membuktikan kes prima facie terhadap mereka.

Ag Mohd Tahir berdepan satu pertuduhan mengikut Seksyen 4(1)(a) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan Dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 serta 11 pertuduhan mengikut Seksyen 4(1)(b) akta sama.

Beliau dan isterinya juga didakwa mengikut Seksyen 4(1)(b) akta sama atas dua pertuduhan manakala Fauziah dan Lim masing-masing turut berdepan 19 serta empat pertuduhan di bawah seksyen dan akta sama.

Abu Bakar juga berkata berdasarkan keterangan saksi, adalah jelas skim kutipan berpusat itu tidak dapat dijalankan tanpa pengetahuan, arahan, kelulusan dan penglibatan Ag Mohd Tahir.

Beliau berkata semasa siasatan, tertuduh gagal memberikan penjelasan mengenai sumber wang yang dijumpai dan disita itu.

“Begitu juga dengan pembelian kereta dan jam tangan mewah yang kesemuanya dalam milikan OKT1 ketika serbuan dibuat,” katanya.

Abu Bakar berkata Fauziah pula memiliki lebih RM2.22 juta wang dalam akaun bank peribadinya selain 921 barang kemas pelbagai jenis dan 93 beg tangan berjenama mewah.

“Nilai keseluruhan pertuduhan terhadapnya adalah melebihi RM6 juta. Persoalannya, dari mana sumber pendapatan atau hasil yang diperoleh OKT2 untuk memiliki semua harta tersebut dan beliau dalam siasatan juga gagal menjelaskan sumber wang tersebut diperoleh,” katanya.

Hakim itu berkata berdasarkan penemuan tersebut, keterangan saksi, dokumen dan keterangan berdasarkan persekitaran, mahkamah berpuas hati atas imbangan kebarangkalian bahawa tertuduh itu, melalui suaminya, telah terlibat memiliki hasil daripada aktiviti haram.

Beliau berkata walaupun Fauziah tidak terlibat dalam skim kutipan berpusat itu namun perbuatan tertuduh memiliki hasil daripada aktiviti haram adalah terjumlah dalam kesalahan di bawah Seksyen 4(1)(b) akta terbabit.

Mahkamah menetapkan 26 hingga 28 Feb dan 28 hingga 30 April tahun depan untuk tertuduh membela diri.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Inomin Mines selected as one of Canada’s leading emerging critical minerals companies for largest-ever...

Inomin Mines has been selected to join Canada's largest-ever trade mission to Japan, highlighting its role in supplying critical minerals. The mission will support discussions on partnerships, investment, and supply chain opportunities for nickel, magnesium, cobalt, and platinum-group metals.

Wibmo Unveils Agentic Risk Intelligence Assistant – an AI Assistant for Financial Crime Operations

MUMBAI, INDIA - NewsVoir - 22 June 2026 - Wibmo, a PayU company and leading provider of payment security solutions, unveiled Wibmo Agentic Risk Intelligence Assistant (ARIA), an AI-powered platform designed to transform financial crime operations, at its flagship industry event 'Securing Digital Payments: Innovation, Intelligence & Trust' held at Jio World Convention Centre, Mumbai.

Hongkong Land Recognised as Global Leader in Sustainability Industry Rankings

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire - 22 June 2026 - Hongkong Land Holdings Limited ("Hongkong Land" or the "Company") has been recognised as a global leader in sustainability, achieving top-tier results in the latest ESG industry rankings.

Hong Kong’s AI Adoption Outpaces Organizational Change, Microsoft Work Trend Index 2026 Finds

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire - 22 June 2026 - Hong Kong employees are moving faster than their organizations when it comes to using AI, creating a growing gap between AI adoption and how work is actually designed, according to Microsoft's 2026 Work Trend Index.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings