the sun malaysia ipaper logo 150x150
Sunday, June 28, 2026
31.6 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Pegawai agensi kerajaan negeri antara ditahan lindungi kegiatan punggah keluar hasil galian

KUALA LUMPUR: Seorang pegawai agensi kerajaan negeri antara tiga individu ditahan dalam serbuan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana disyaki terbabit rasuah bagi melindungi kegiatan memunggah keluar hasil galian dipercayai mengandungi bauksit tanpa mengikut prosedur sah, semalam.

Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki berkata dua lagi yang ditahan dalam serbuan di sekitar Bukit Goh, Kuantan, Pahang itu ialah pemilik syarikat dipercayai terbabit dalam kegiatan yang dilindungi pegawai berkenaan sejak 2022.

“Siasatan mendapati kebenaran memunggah hasil galian di Bukit Goh hanya diberikan bagi hasil sedia ada yang telah digali sebelum 2022 namun mereka turut melakukan kerja memunggah keluar hasil galian yang baru digali.

“Bagi melindungi kegiatan ini, beberapa pengusaha lori pengangkut bahan galian terbabit telah membayar wang rasuah kepada pegawai agensi berkenaan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Azam berkata wang rasuah itu sebagai balasan melindungi dan tidak mengambil tindakan penguatkuasaan terhadap aktiviti tersebut dan SPRM kini masih dalam peringkat siasatan bagi mengenal pasti jumlah suapan terlibat.

Beliau berkata SPRM turut menyita wang tunai lebih RM26,000 dan tiga unit telefon bimbit daripada suspek serta membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 16 Akta SPRM 2009 dalam operasi itu.

Majistret Wahidah Zainal Abidin membenarkan ketiga-tiga suspek lelaki berusia lingkungan 30 hingga 50-an itu direman hingga 19 Nov ini selepas permohonan dibuat SPRM di Mahkamah Majistret Kuantan, pagi tadi.

Azam berkata susulan serbuan di lokasi tersebut, SPRM telah membuat pemeriksaan di sebuah lokasi penyimpanan hasil galian berkenaan di Jabor, Terengganu pada hari yang sama.

“Di lokasi ini, lima jentera iaitu empat unit jengkaut dan sebuah shovel loader serta tujuh lori pengangkut termasuk lima lori dumper diserahkan kepada Pejabat Tanah dan Galian (PTG) Negeri Terengganu untuk tindakan sitaan atas kesalahan di bawah Seksyen 425 Akta Kanun Tanah Negara 1965.

“Selain sitaan di lokasi itu, lapan unit lori pengangkut turut disita di bawah Seksyen 82 Akta Pengangkutan Awam Darat (APAD) 2010 dan diserahkan kepada Jabatan Pengangkutan Jalan kerana dipercayai membawa muatan melebihi kapasiti dibenarkan sewaktu pemeriksaan di sebuah persimpangan jalan di Gebeng, Kuantan,“ katanya.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

TCL Supports “2026 Olympic Day cum Aichi-Nagoya Asian Games Fun Run”, Celebrating the Olympic...

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire - 28 June 2026 - TCL, as a Worldwide Olympic Partner, proudly supported the "2026 Olympic Day cum Aichi-Nagoya Asian Games Fun Run", organised by the Sports Federation & Olympic Committee of Hong Kong, China, joining more than 2,500 members of the public and athletes in celebrating International Olympic Day and showing support for Hong Kong athletes competing in the Asian Games.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings