the sun malaysia ipaper logo 150x150
Monday, June 22, 2026
30.3 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Polis, pihak berkuasa agama sediakan syor tangani usaha hidupkan semula fahaman GISBH

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia akan bekerjasama dengan pihak berkuasa agama dan agensi berkaitan bagi memastikan ajaran serta fahaman dibawa GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH) tidak dihidupkan semula.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata perbincangan dengan kerjasama pelbagai agensi antaranya Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Kementerian Kesihatan (KKM) dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) akan menyediakan cadangan kepada kerajaan untuk tindakan lanjut.

Beliau berkata siasatan membabitkan GISBH ini lebih besar dan bukan sahaja melibatkan kefahaman serta ideologi semata-mata.

“Ia melibatkan lebih daripada kefahaman dan ideologi, mereka ini mengamalkan sosio budaya dan ekonomi mereka sendiri.

“Oleh itu, kerjasama dengan semua agensi yang terbabit diperlukan dan kita serahkan kepada kerajaan dengan syor diberikan berkaitan keperluan pendekatan pemulihan holistik, tidak hanya kepada kefahaman,“ katanya pada sidang media Op Global di Pusat Latihan Polis Kuala Lumpur di sini hari ini.

Mohd Shuhaily berkata siasatan GISBH merupakan keutamaan Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman sejak sebulan lepas membabitkan kekuatan anggota serta pegawai hampir keseluruhan jabatan itu

Beliau berkata pasukan siasatan kini dikecilkan kerana terdapat kes lain yang perlu diberi perhatian.

“Saya telah berbincang dengan pegawai-pegawai dan kita perlu percepatkan (siasatan) kerana banyak lagi keutamaan (kes) lain.

“Sekiranya semuanya (siasatan membabitkan GISBH) berjalan lancar dan ada tangkapan susulan daripada hasil soal siasat sekali gus membawa kepada pendakwaan,” katanya.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Inomin Mines selected as one of Canada’s leading emerging critical minerals companies for largest-ever...

Inomin Mines has been selected to join Canada's largest-ever trade mission to Japan, highlighting its role in supplying critical minerals. The mission will support discussions on partnerships, investment, and supply chain opportunities for nickel, magnesium, cobalt, and platinum-group metals.

Wibmo Unveils Agentic Risk Intelligence Assistant – an AI Assistant for Financial Crime Operations

MUMBAI, INDIA - NewsVoir - 22 June 2026 - Wibmo, a PayU company and leading provider of payment security solutions, unveiled Wibmo Agentic Risk Intelligence Assistant (ARIA), an AI-powered platform designed to transform financial crime operations, at its flagship industry event 'Securing Digital Payments: Innovation, Intelligence & Trust' held at Jio World Convention Centre, Mumbai.

Hongkong Land Recognised as Global Leader in Sustainability Industry Rankings

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire - 22 June 2026 - Hongkong Land Holdings Limited ("Hongkong Land" or the "Company") has been recognised as a global leader in sustainability, achieving top-tier results in the latest ESG industry rankings.

Hong Kong’s AI Adoption Outpaces Organizational Change, Microsoft Work Trend Index 2026 Finds

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire - 22 June 2026 - Hong Kong employees are moving faster than their organizations when it comes to using AI, creating a growing gap between AI adoption and how work is actually designed, according to Microsoft's 2026 Work Trend Index.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings