the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, June 25, 2026
21.6 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Polis kenal pasti empat lelaki bantu siasatan dakwaan anak ‘Abuya’ dikurung

JERANTUT: Polis sudah mengenal pasti empat lelaki bagi membantu siasatan kes anak kepada bekas pemimpin Al-Arqam Ashaari Muhammad, Ummu Atiyah yang mendakwa dikurung di penempatan GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH) di Batu Hampar, Perak.

Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain berkata pihaknya kini sedang mengesan empat individu berkenaan, yang berusia lebih 20 tahun.

“Siasatan masih dijalankan, kalau sesetengah orang cakap kita (polis) tergesa-gesa tangkap, tidak… kita akan panggil bagi kenyataan dahulu sebelum tindakan seterusnya,” katanya pada sidang media selepas Mesyuarat Operasi Bersepadu Khazanah (OBK) di Taman Negara, di sini hari ini.

Razarudin sebelum ini dilapor berkata mangsa mendakwa dikurung di dalam sebuah bilik di rumah setingkat kira-kira sebulan yang hanya dilengkapi tilam, almari dan kemudahan elektrik, serta tidak diberi kebenaran menggunakan telefon bimbit oleh empat lelaki yang juga pengikut GISBH.

Semalam polis turut membawa Ummu Atiyah ke lokasi beliau mendakwa dikurung di Batu Hampar, Perak untuk tujuan pengecaman.

Razarudin berkata beliau tidak menolak kemungkinan terdapat lagi individu yang mengalami gangguan seksual daripada pengikut GISBH dan meminta mangsa supaya tampil membuat laporan polis.

Sementara itu, beliau berkata inisiatif Kerajaan MADANI mewujudkan program rehabilitasi menerusi Majlis Keselamatan Negara, ialah peluang terbaik bagi ahli GISBH yang tersasar untuk memulihkan diri sendiri.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings