the sun malaysia ipaper logo 150x150
Wednesday, July 8, 2026
28 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Imigresen Kelantan tahan 30 pendatang

KOTA BHARU: Seramai 30 pendatang ditahan oleh Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Kelantan menerusi Ops Sapu/Kutip selama dua hari di sekitar bandar ini dan Pasir Puteh bermula semalam.

Timbalan Pengarah Imigresen Kelantan (Pengurusan) Nik Akhtarulhaq Nik Abdul Raan berkata operasi tersebut melibatkan pemeriksaan terhadap warga asing di beberapa lokasi di sekitar bandar Kota Bharu termasuk premis pasar raya, kedai serbaneka di Jalan Kuala Krai dan bengkel kerja besi di Kampung Seberang Pasir Mas Salor.

“Di Pasir Puteh pula, operasi tertumpu di beberapa buah rumah di Kampung Permatang Sungkai dan sebuah kedai makan,“ katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurutnya hasil operasi berjaya menahan 17 lelaki warga Bangladesh, dua lelaki warga Pakistan serta masing-masing seorang lelaki warga Myanmar dan India.

“Kami turut menahan empat lelaki dan lima wanita dari Thailand. Kesemua mereka kini ditahan di Depot Imigresen Tanah Merah untuk siasatan lanjut,“ katanya.

Nik Akhtarulhaq turut menjelaskan bahawa kesemua mereka disyaki melakukan kesalahan mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63, Seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen 1959/63, dan Peraturan 39(b) Peraturan-Peraturan Imigresen 1963.

Beliau turut menggesa orang ramai agar tampil menyalurkan maklumat mengenai kehadiran pendatang asing atau sebarang aktiviti melibatkan warga asing yang melanggar undang-undang dan tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana pihak yang bersubahat melindungi mereka.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings