the sun malaysia ipaper logo 150x150
Monday, June 22, 2026
30.3 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Kaji tambahan bilangan kerusi parlimen di Sabah – Hajiji

KOTA KINABALU: Sabah perlu mempertimbang beberapa faktor berkaitan pemilihan kerusi Parlimen bagi memenuhi kuota 35 peratus atau satu pertiga daripada keseluruhan bilangan kerusi di negeri itu.

Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor berkata sudah tiba masanya kajian dilaksana bagi menambah bilangan kerusi Parlimen di Sabah.

Beliau berkata jumlah kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) sebelum ini ditambah 13 daripada 60 sekali gus menyaksikan sebanyak 73 kerusi dipertanding semasa Pilihan Raya Negeri ke-16 pada November 2022.

“Saya fikir sudah cukup syarat untuk kita mengkaji bilangan tambahan kerusi Parlimen,“ katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Ikrar dan Aku Janji sempena Minggu Suai Mesra Sesi 2024/2025 ke-30 Universiti Malaysia Sabah di sini hari ini.

Pilihan Raya Umum ke-15 pada November 2022 menyaksikan 25 kerusi Parlimen dipertanding di Sabah.

Hajiji berkata Sabah dan Sarawak telah menyuarakan hasrat itu kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa Mesyuarat Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 pada 12 Sept lepas.

Beliau juga berkata beberapa siri perbincangan antara Sabah dan Sarawak diadakan bagi memastikan kuota itu dikembalikan kerana ia amat diperlukan.

“Insya-Allah, kita kena lihat dari segi keadaan kawasan kependudukan dan keluasan untuk Sabah. Ini juga untuk imbangan serta memastikan kepentingan wilayah Sabah dan Sarawak diambil kira apabila membuat atau memperkenal sesuatu Perlembagaan dalam Parlimen,” katanya.

Hajiji berkata Sabah juga ada mencadangkan pertambahan kerusi bagi memenuhi kuota itu namun tidak menyatakan jumlahnya.

Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg baru-baru ini menggesa Kerajaan Persekutuan agar mengembalikan kuota 35 peratus atau satu pertiga daripada keseluruhan bilangan kerusi Parlimen kepada kedua-dua negeri.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Wibmo Unveils Agentic Risk Intelligence Assistant – an AI Assistant for Financial Crime Operations

MUMBAI, INDIA - NewsVoir - 22 June 2026 - Wibmo, a PayU company and leading provider of payment security solutions, unveiled Wibmo Agentic Risk Intelligence Assistant (ARIA), an AI-powered platform designed to transform financial crime operations, at its flagship industry event 'Securing Digital Payments: Innovation, Intelligence & Trust' held at Jio World Convention Centre, Mumbai.

Hongkong Land Recognised as Global Leader in Sustainability Industry Rankings

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire - 22 June 2026 - Hongkong Land Holdings Limited ("Hongkong Land" or the "Company") has been recognised as a global leader in sustainability, achieving top-tier results in the latest ESG industry rankings.

Hong Kong’s AI Adoption Outpaces Organizational Change, Microsoft Work Trend Index 2026 Finds

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire - 22 June 2026 - Hong Kong employees are moving faster than their organizations when it comes to using AI, creating a growing gap between AI adoption and how work is actually designed, according to Microsoft's 2026 Work Trend Index.

SIM Highlights the Importance of Strong Personal Statements in University Applications

SINGAPORE - Media OutReach Newswire - 22 June 2026 - In today's competitive education landscape, students are increasingly expected to do more than simply meet academic admission requirements.

Deluxe Systems Crowned “Best Showroom in Singapore” at Tatler Awards: A New Era of...

SINGAPORE - Media OutReach Newswire – 22 June 2026 - Rewriting the rules of luxury retail in Southeast Asia, Deluxe Systems has triumphed at the prestigious Tatler Homes Design Awards 2026, winning the highly coveted title of "Best Showroom in Singapore" just six months after its official opening.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings