the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, June 25, 2026
21.8 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Individu dakwa nampak kenderaan “ total lost” di jalan raya diminta buat laporan – JPJ

KAJANG: Individu mendakwa kenderaannya yang mengalami kerosakan penuh atau total lost dalam satu kemalangan sebelum ini tetapi telah dilihat berada di jalan raya diminta tampil membuat laporan kepada pihak berkuasa.

Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Datuk Aedy Fadly Ramli berkata pihaknya memandang serius dan sedang mengambil tindakan lanjut bagi menyiasat dakwaan itu.

“Kami ambil serius perkara ini dan sedang menjalankan siasatan berhubung dakwaan terbabit. Justeru, saya menasihatkan individu itu serta mana-mana pihak yang mengalami situasi sama supaya membuat laporan kepada pihak polis dan JPJ.

“Ia bagi membolehkan siasatan dilakukan sekiranya terdapat pihak tidak bertanggungjawab yang menggunakan semula kenderaan itu (total lost),“ katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media pelaksanaan Program Khas Peralihan Lesen Memandu Malaysia (LMM) Kelas B2/B1 kepada LMM Kelas B di Akademi Memandu AMSA Bangi di sini hari ini.

Sebelum ini, tular di aplikasi Telegram seorang individu mendakwa saudaranya terserempak dengan kereta miliknya yang sudah rosak sepenuhnya berada di jalan raya.

Selain itu, semakan lanjut yang dibuat individu berkenaan menerusi aplikasi MyJPJ juga mendapati cukai jalan kenderaan yang diisytihar sebagai rosak sepenuhnya sejak 12 tahun lepas, kini kembali aktif.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings