the sun malaysia ipaper logo 150x150
Wednesday, June 24, 2026
26.8 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Peniaga mi wantan didakwa perdaya rakan pelaburan produk minuman kurus

KUALA LUMPUR: Seorang peniaga mi wantan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan memperdayakan rakannya berhubung pelaburan produk minuman kurus berjumlah RM66,000, dua tahun lepas.

Leong Lai Peng, 44, didakwa memperdayakan pekerja kedai makan Ang Hooi Yong, 38, dengan menawarkan pelaburan yang tidak wujud sehingga mangsa menyerahkan wang berjumlah RM66,000 kepada tertuduh di sebuah restoran di Kepong Baru, Sentul di sini antara 2 Julai 2022 dan 9 Jun 2023.

Pertuduhan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara minimum setahun dan maksimum 10 tahun dengan sebatan dan boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya Syafika Azwa Fikri menawarkan jaminan RM20,000 dengan seorang penjamin namun peguam V.Annamalai yang mewakili tertuduh memohon jaminan dikurangkan atas alasan ia kesalahan kali pertama anak guamnya.

“Anak guam saya bekerja sebagai peniaga mi wantan di medan selera yang turut dibantu oleh suaminya. Oleh itu, saya mohon jaminan rendah kerana jaminan RM20,000 adalah terlalu tinggi,“ kata peguam itu.

Majistret Illi Marisqa Khalizan membenarkan tertuduh diikat jamin RM6,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 6 Nov ini untuk sebutan kes bagi serahan dokumen.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Shootout traps tourists at Rio sunrise lookout

Dozens of tourists were caught in a gun battle between police and drug traffickers at a popular Rio de Janeiro sunrise viewpoint, the second such incident this year.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings