the sun malaysia ipaper logo 150x150
Saturday, July 4, 2026
31.7 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Kerangka pelindungan sosial baharu pekerja sedang diteliti – KESUMA

KUALA LUMPUR: Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) sedang meneliti kerangka perlindungan sosial yang baharu untuk memberi perlindungan keselamatan sosial 24 jam sehari dan menyeluruh di luar waktu bekerja, Dewan Rakyat diberitahu hari ini.

Timbalan Menteri Sumber Manusia Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad berkata secara prinsip, kerangka baharu itu berupaya merapatkan jurang ketidaksaksamaan, sekali gus memastikan tiada pekerja tercicir daripada mendapat perlindungan.

“Dalam masa sama, Perkeso menyediakan insurans perlindungan sosial menerusi Skim Bencana Pekerjaan dan Skim Keilatan kepada Orang Berinsurans yang layak di bawah Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 (Akta 4), Akta Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri 2017 (AKTA 789) dan Akta Keselamatan Sosial Suri Rumah 2022 (AKTA 838),” katanya.

“Faedah yang disediakan di bawah Skim Bencana Kerja adalah faedah perubatan, faedah hilang upaya sementara, faedah hilang upaya kekal, faedah orang tanggungan, elaun layanan sentiasa, faedah pengurusan mayat dan kemudahan pemulihan jasmani atau vokasional.

“Di bawah Skim Keilatan terdapat faedah pencen ilat, bantuan ilat, elaun layanan sentiasa, pencen penakat, kemudahan pemulihan jasmani atau vokasional atau return to work atau dialisis, faedah pengurusan mayat dan faedah pendidikan serta faedah perubatan,” katanya pada sesi soal jawab di Dewan rakyat hari ini.

Beliau menjawab soalan V.Sivakumar (PH-Batu Gajah) tentang tarikh skim insurans sosial komprehensif akan dilancarkan bagi melindungi pekerja berpendapatan rendah susulan peningkatan kos sara hidup yang mengurangkan kemampuan mendapatkan insurans kesihatan swasta.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings