the sun malaysia ipaper logo 150x150
Monday, June 22, 2026
30.3 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Kepengerusian ASEAN 2025: Malaysia bakal jadi tumpuan dunia, rancak ekonomi negara – Anwar

KUALA LUMPUR: Selaku Pengerusi ASEAN 2025, Malaysia bakal menjadi tumpuan dunia pada akhir tahun ini dan mulai tahun depan, sekali gus membuka pelbagai peluang ekonomi yang besar kepada rakyat.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata banyak persidangan peringkat antarabangsa akan dianjurkan di Malaysia pada tahun depan yang bakal disertai delegasi dari pelbagai negara, ini seterusnya dapat merancakkan lagi ekonomi negara.

Pada akhir tahun ini dan sepanjang 2025, Malaysia akan menjadi tuan rumah kepada beberapa mesyuarat utama ASEAN dengan beberapa negara luar seperti Amerika Syarikat, China, Korea Selatan, Jepun, Eropah, India, Australia, dan New Zealand.

Pada Mei tahun depan, negara akan menganjurkan Persidangan ASEANGCC+China yang meliputi kesemua negara ASEAN, enam negara Teluk termasuk Bahrain, Oman, Kuwait, Qatar, Arab Saudi dan Emirirah Arab Bersatu serta China.

“Ini (sudah tentu) akan memberikan tumpuan dan perhatian (dunia kepada Malaysia), dan saya minta kerjasama (penuh dari semua pihak),” kata beliau sebelum merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Gabungan Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina Malaysia (ACCCIM) di sini, hari ini.

ASEANGCC+China merupakan persidangan yang pertama seumpamanya diadakan oleh blok 10 negara anggota itu yang mana sebelum ini hanya ASEAN+GCC sahaja.

Anwar, yang juga Menteri Kewangan, turut menegaskan pendirian Malaysia sebagai sebuah negara yang bebas menjalin hubungan perdagangan dengan semua negara, kecuali Israel dan tiada satu negara pun boleh mengarahkan Malaysia untuk bersikap berat sebelah.

“Itu pendirian kita kerana Malaysia mahu maju, berkawan dengan semua (negara), tetapi kita bebas. Negara ini (adalah) negara merdeka, bebas dan kita buat keputusan untuk berdagang dengan semua.

“Kita bersahabat dengan semua, tidak ada negara yang boleh arah kita,” kata beliau.

Anwar yang baru sahaja pulang daripada mengetuai delegasi Malaysia ke Sidang kemuncak ASEAN ke-44 dan ke-45 baru-baru ini berkata kejayaan yang dikecapi Malaysia hari ini adalah hasil daripada perpaduan pelbagai kaum dan kerajaan yang kuat dan stabil.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Inomin Mines selected as one of Canada’s leading emerging critical minerals companies for largest-ever...

Inomin Mines has been selected to join Canada's largest-ever trade mission to Japan, highlighting its role in supplying critical minerals. The mission will support discussions on partnerships, investment, and supply chain opportunities for nickel, magnesium, cobalt, and platinum-group metals.

Wibmo Unveils Agentic Risk Intelligence Assistant – an AI Assistant for Financial Crime Operations

MUMBAI, INDIA - NewsVoir - 22 June 2026 - Wibmo, a PayU company and leading provider of payment security solutions, unveiled Wibmo Agentic Risk Intelligence Assistant (ARIA), an AI-powered platform designed to transform financial crime operations, at its flagship industry event 'Securing Digital Payments: Innovation, Intelligence & Trust' held at Jio World Convention Centre, Mumbai.

Hongkong Land Recognised as Global Leader in Sustainability Industry Rankings

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire - 22 June 2026 - Hongkong Land Holdings Limited ("Hongkong Land" or the "Company") has been recognised as a global leader in sustainability, achieving top-tier results in the latest ESG industry rankings.

Hong Kong’s AI Adoption Outpaces Organizational Change, Microsoft Work Trend Index 2026 Finds

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire - 22 June 2026 - Hong Kong employees are moving faster than their organizations when it comes to using AI, creating a growing gap between AI adoption and how work is actually designed, according to Microsoft's 2026 Work Trend Index.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings