the sun malaysia ipaper logo 150x150
Wednesday, July 8, 2026
33.1 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Pindaan jadual kedua selaras tambahan badan pensijilan halal luar negara – Armizan

PUTRAJAYA: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) telah meminda Jadual Kedua di bawah Perintah Perihal Dagangan (Perakuan dan Penandaan Halal) 2011 berhubung penambahan senarai badan pensijilan halal luar negara yang diiktiraf oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

Menterinya Datuk Armizan Mohd Ali berkata pindaan itu selaras dengan keputusan JAKIM yang menambah pengiktirafan lima badan pensijilan halal luar negara tahun ini, iaitu masing-masing satu dari Brazil, Mongolia dan Uruguay serta dua dari Rusia.

“Penambahan ini menjadikan jumlah keseluruhan badan pensijilan halal luar negara yang diiktiraf oleh JAKIM adalah sebanyak 88 pihak berautoriti merangkumi 49 negara di seluruh dunia.

“Pindaan Jadual Kedua di bawah Perintah Perihal Dagangan (Perakuan Dan Penandaan Halal) 2011 telah diwartakan pada 4 Okt 2024 dan mula berkuat kuasa 5 Okt,“ katanya dalam kenyataan hari ini.

Berdasarkan statistik penguatkuasaan kes berkaitan halal bermula 1 Jan hingga 30 Sept lepas, beliau berkata sebanyak 53 kes telah dilaporkan dengan jumlah keseluruhan rampasan bernilai RM1.81 juta.

“Antara kesalahan dilakukan termasuk penggunaan logo halal palsu dan tidak menggunakan perakuan halal daripada pihak berkuasa berwibawa,” katanya.

Amizan berkata KPDN berharap semua pihak dapat mematuhi perundangan sedang berkuat kuasa terutama berhubung isu halal, dan tindakan tegas akan dikenakan sekiranya berlaku ketidakpatuhan oleh pihak berkaitan.

“KPDN juga berharap dengan pewartaan pindaan itu, ia dapat memperkasakan perundangan dan industri halal negara selain melindungi kepentingan pengguna beragama Islam,” katanya.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Aurora Mobile’s EngageLab Showcases AI-First Omnichannel Customer Engagement Solutions at The MarTech Summit Hong...

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire - 8 July 2026 - Aurora Mobile Limited (NASDAQ: JG) ("Aurora Mobile" or the "Company"), a leading provider of customer engagement and marketing technology services, today announced that its AI-first customer engagement platform, EngageLab, successfully participated in The MarTech Summit Hong Kong on July 7, 2026.

Singaporeans don’t cancel brands – they silently leave them, Ogilvy’s inaugural 2026 APAC Believability...

Ogilvy released its first 2026 APACBelievability Index: The Power of Proof, a comprehensive study examining how consumers across Asia-Pacific (APAC) determine what and who they believe in an increasingly complex information environment shaped by AI-generated content, misinformation, fragmented media and declining confidence in corporate claims.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings