the sun malaysia ipaper logo 150x150
Saturday, July 25, 2026
25.3 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Pengusaha kebun Musang King ditahan SPRM kes pengubahan wang haram

KUANTAN: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Pahang menahan seorang lagi pengusaha kebun durian Musang King semalam kerana disyaki terlibat dalam pengubahan wang haram mencecah ratusan ribu ringgit.

Suspek dipercayai memperoleh, menerima, memiliki, memindah dan menggunakan wang daripada aktiviti hasil tanaman pokok durian di tanah berstatus Hutan Simpan dan tanah kerajaan di sebuah daerah di Pahang.

Menurut sumber, suspek lelaki berusia lingkungan 60-an itu telah ditahan kira-kira 9 malam ketika hadir memberikan keterangan di pejabat SPRM Cawangan Raub.

Siasatan awal mendapati suspek disyaki melakukan perbuatan tersebut pada 2024 hingga tahun ini dan memperoleh keuntungan daripada aktiviti haram ini sehingga mencecah ratusan ribu ringgit.

Tangkapan ini adalah rentetan daripada penahanan lima individu berhubung kes yang sama baru-baru ini.

Pengarah SPRM Pahang Mohd Shukor Mahmud ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut dan memaklumkan kes disiasat di bawah Seksyen 4(1)(b) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001.

Beliau berkata lelaki berkenaan telah dibebaskan selepas keterangan diambil dan siasatan masih diteruskan bagi mengesan suspek lain termasuk saksi berkaitan.

Sebelum ini, SPRM dilaporkan menahan lima lelaki termasuk pekerja kilang durian berusia lingkungan 40 hingga 60-an disyaki meraih hasil haram ratusan ribu ringgit dengan menanam raja buah itu di Hutan Simpan serta tanah kerajaan negeri di sebuah daerah di Pahang. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Trump orders disclaimer signs outside museum of American history

The order calls on federal officials to "install temporary signage" on public walkways outside the building to "notify visitors that the Museum exhibits should be renovated" to reflect "accurate information regarding America's history."

Mengniu’s Chinese Culture Pavilion captivates the world at the FIFA World Cup

Mengniu has launched a 400-square-metre Chinese Culture Pavilion outside the FIFA World Cup Final venue in New York, showcasing traditional Chinese culture through immersive exhibits inspired by Beijing's Central Axis. The initiative reinforces Mengniu's commitment to promoting Chinese culture while expanding its global presence as an Official Sponsor of the 2026 FIFA World Cup.

House of Origin elevates the Cantonese culinary canon with pristine expressions for summer

House of Origin at Galaxy Macau has launched a new summer dining programme featuring a seasonal Cantonese menu, an exclusive 15-Year Moutai pairing dinner and a refined lunch service. The latest offerings celebrate premium seasonal ingredients, traditional Cantonese craftsmanship and contemporary culinary artistry.

Breaking the bed bug control industry bottleneck: Nobedbugs-HK redefines global bed bug eradication standards...

Hong Kong-based Nobedbugs-HK is setting a new benchmark in the global pest control industry with its proprietary thermal treatment technology and custom formulations. Having completed over 10,000 successful bed bug eradication projects, the company claims a 100% success rate while addressing long-standing challenges in residential and commercial pest control.

AIA Hong Kong leads industry again with most No.1 market positions in Q1 2026

AIA Hong Kong has once again emerged as the insurer with the most No.1 market positions in the first quarter of 2026, according to provisional statistics released by the Insurance Authority. The company led across multiple categories, including new business policies, inforce policies, agency channel premiums and group insurance, reinforcing its leadership in Hong Kong's insurance market.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings