the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, June 25, 2026
21.6 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Polis tahan suspek utama kes bunuh lelaki Pakistan di Pulau Pinang

GEORGE TOWN: Polis menahan seorang lelaki yang dipercayai suspek utama kes bunuh melibatkan seorang lelaki warga Pakistan di sebuah kedai di Pulau Tikus, di sini semalam.

Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Hamzah Ahmad berkata lelaki berusia 38 tahun itu ditahan bersama tiga rakannya selepas polis menyerbu sebuah rumah di Tanjung Tokong, di sini 12.55 tengah hari tadi.

“Terdahulu polis menyerbu sebuah rumah di kawasan Tanjung Tokong dan menahan seorang lelaki dan seorang wanita serta merampas sebuah kereta, sebelum soal siasat selanjutnya membawa kepada serbuan dan penahanan suspek utama,“ katanya dalam kenyataan hari ini.

Dengan penahanan suspek utama itu, beliau berkata polis berjaya menyelesaikan kes berkenaan dalam masa kurang daripada 24 jam selepas menerima maklumat mengenai kejadian bunuh, yang disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Hamzah berkata malam tadi polis menahan tujuh lelaki dan seorang wanita berumur 22 hingga 58 tahun bagi membantu siasatan kes itu, dan mereka telah direman hari ini.

Dalam kejadian 5 petang semalam warga Pakistan berumur 48 tahun yang cedera diserang ketika sedang bekerja di sebuah kedai, meninggal dunia semasa dalam perjalanan untuk diberi rawatan di sebuah klinik swasta.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings