the sun malaysia ipaper logo 150x150
Sunday, June 28, 2026
27.5 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Pembasmian kemiskinan terus jadi agenda utama kerajaan – Ahmad Zahid

KUALA LUMPUR: Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) akan terus berusaha membasmi kemiskinan selaras dengan aspirasi Desa MADANI dan misinya dalam memastikan setiap rakyat terutamanya masyarakat desa, menikmati kehidupan yang lebih sejahtera dan berkualiti.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata kerajaan juga komited mengurangkan ketidaksamaan dan memperkasakan masyarakat desa melalui pelbagai inisiatif pembangunan, peluang ekonomi dan akses kepada pendidikan serta kemudahan asas.

“Tiada siapa yang harus ketinggalan dalam arus kemajuan negara. Melalui kerjasama erat antara kerajaan, sektor swasta dan masyarakat, saya yakin kita mampu membina sebuah negara yang lebih inklusif dan adil. Setiap usaha yang kita lakukan hari ini akan membuka peluang dan harapan baharu kepada mereka yang memerlukan,” katanya.

Beliau yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berkata demikian dalam kenyataan di laman Facebook bersempena Hari Pembasmian Kemiskinan Antarabangsa 2024, hari ini.

Ahmad Zahid berkata sambutan Hari Pembasmian Kemiskinan Antarabangsa pada 17 Okt setiap tahun, merupakan satu peringatan bahawa kemiskinan satu isu global yang perlu ditangani secara tuntas.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings