the sun malaysia ipaper logo 150x150
Sunday, June 28, 2026
28.5 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Nama Fadillah Yusof sekali lagi digunakan untuk akaun FB palsu

KUALA LUMPUR: Akaun Facebook yang menggunakan gambar profil Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof dengan nama ‘Fadillah Yusof’ atau username ‘@fadillah.yusof.2024’ adalah akaun palsu.

Perkara tersebut dimaklumkan Fadillah menerusi hantaran ringkas di Facebook rasminya, hari ini.

Beliau berkata akaun palsu direka oleh mereka yang tidak bertanggungjawab dan laporan telah dibuat kepada pihak Facebook untuk tindakan lanjut.

“Akaun Facebook ‘Fadillah Yusof’ yang menggunakan gambar profil saya bukan akaun milik saya. Mohon abaikan mesej-mesej yang dihantar menerusi akaun berkenaan,” katanya yang juga Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air.

Beliau turut memaklumkan akaun rasmi Facebooknya adalah pada pautan https://www.facebook.com/fadillahyusof194?mibextid=ZbWKwL , manakala akaun Facebook peribadi di pautan https://www.facebook.com/fadillah.yusof?mibextid=ZbWKwL.

Pada 20 Nov tahun lepas, Fadillah mengesahkan terdapat individu cuba melakukan penipuan dengan menggunakan gambar profil beliau untuk mewujudkan WhatsApp, Telegram serta Facebook palsu, sementara pada 25 Dis 2023, satu akaun palsu di Facebook dikesan menggunakan gambar profil beliau dengan nama ‘Haji Fadillah Yusuf’.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Cyber resilience defined by integration, not spend

Higher cybersecurity spending alone is not enough to strengthen Malaysia’s cyber resilience, as fragmented technology environments, the rapid pace of digitalisation, and a shortage of specialised talent continue to limit organisations’ cybersecurity maturity, according to US-based cybersecurity company Palo Alto Networks.

Akmal backs France, Brazil, Portugal for World Cup glory

Akmal believes the trio possess the quality, depth and balance needed to go all the way with France remain among the strongest contenders due to the abundance of attacking options available to the squad.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings