the sun malaysia ipaper logo 150x150
Saturday, July 25, 2026
26.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Jurulatih sedia atur program baharu buat Latif

PARIS: Biarpun baru saja menamatkan saingan semalam, jurulatih lompat jauh para negara Shahrul Amri Suhaimi sudah mempunyai perancangan awal bersama Majlis Sukan Negara (MSN) bagi membantu Datuk Abdul Latif Romly kembali ke podium utama pada edisi 2028 di Los Angeles.

Beliau berkata satu program terbaik perlu dirangka buat anak buahnya itu yang terlepas pingat emas acara lompat jauh lelaki T20 (kecatatan intelektual) setelah dirampas wakil Neutral di Stade de France, Matvei Lakushev.

“Kita sedia maklum atlet yang menang itu masih muda dan baharu namun kita perlu tingkatkan usaha buat pelan terbaik untuk Latif sepanjang empat tahun ini,” katanya kepada pemberita Malaysia di sini.

Walaupun juara dunia empat kali itu memimpin kedudukan sejak awal saingan namun Shahrul Amri mengakui kejutan boleh berlaku, yang akhirnya menyaksikan Lakushev meragut impian emas hatrik atlet berusia 27 tahun itu menerusi percubaan terakhir 7.51 meter (m).

Abdul Latif melakukan lompatan terbaik 7.45m pada percubaan ketiga, mengatasi catatan terbaik musim 7.30m dilakukannya pada Kejohanan Olahraga Para Dunia 2024 di Kobe, Jepun.

Biarpun meraih perak, Sharul Amri mengakui berbangga dengan kesungguhan dan semangat ditunjukkan Abdul Latif yang berperang dengan kecederaan di bahagian otot kiri perutnya sehingga berjaya menaiki podium kali ini.

“Saya harap Latif segera pulih dari kecederaan. Saya juga berterima kasih kepada rakyat Malaysia atas sokongan diberikan kepada Latif selama ini,” katanya.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Mengniu’s Chinese Culture Pavilion captivates the world at the FIFA World Cup

Mengniu has launched a 400-square-metre Chinese Culture Pavilion outside the FIFA World Cup Final venue in New York, showcasing traditional Chinese culture through immersive exhibits inspired by Beijing's Central Axis. The initiative reinforces Mengniu's commitment to promoting Chinese culture while expanding its global presence as an Official Sponsor of the 2026 FIFA World Cup.

House of Origin elevates the Cantonese culinary canon with pristine expressions for summer

House of Origin at Galaxy Macau has launched a new summer dining programme featuring a seasonal Cantonese menu, an exclusive 15-Year Moutai pairing dinner and a refined lunch service. The latest offerings celebrate premium seasonal ingredients, traditional Cantonese craftsmanship and contemporary culinary artistry.

Breaking the bed bug control industry bottleneck: Nobedbugs-HK redefines global bed bug eradication standards...

Hong Kong-based Nobedbugs-HK is setting a new benchmark in the global pest control industry with its proprietary thermal treatment technology and custom formulations. Having completed over 10,000 successful bed bug eradication projects, the company claims a 100% success rate while addressing long-standing challenges in residential and commercial pest control.

AIA Hong Kong leads industry again with most No.1 market positions in Q1 2026

AIA Hong Kong has once again emerged as the insurer with the most No.1 market positions in the first quarter of 2026, according to provisional statistics released by the Insurance Authority. The company led across multiple categories, including new business policies, inforce policies, agency channel premiums and group insurance, reinforcing its leadership in Hong Kong's insurance market.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings