the sun malaysia ipaper logo 150x150
Sunday, June 28, 2026
31.1 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Tanah jerlus: Henti sebar berita palsu Kuala Lumpur tidak selamat – Saifuddin Nasution

KUALA NERUS: Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail meminta masyarakat agar segera menghentikan penyebaran maklumat palsu berhubung dakwaan kononnya Kuala Lumpur tidak selamat untuk didiami atau dikunjungi.

Beliau berkata tindakan menyebarkan maklumat seperti itu tanpa memetik sumber berkredibiliti adalah suatu tindakan yang tidak bertanggungjawab.

“Telah sampai ke pengetahuan kita tentang segelintir warganet yang tatkala negara memberi tumpuan kepada insiden tanah jerlus yang memakan korban, ketika itulah juga disebarkan berita palsu secara tidak bertanggungjawab.

“Tindakan itu hanya menimbulkan keadaan cemas yang tidak sepatutnya berlaku. Saya minta untuk segera dihentikan dan kalau mereka ini dikesan, polis akan ambil tindakan mengikut lunas undang-undang kerana menyebarkan berita palsu yang menimbulkan kebimbangan dan keresahan dalam masyarakat,” katanya.

Saifuddin Nasution berkata demikian kepada pemberita selepas Program Menyemai Kasih Rakyat (MEKAR) Penyerahan Dokumen Pengenalan Diri di Balai Raya Pulau Redang di sini hari ini.

Dakwaan kononnya ibu kota tidak selamat didiami atau dikunjungi timbul susulan insiden tanah jerlus di Masjid India yang menyebabkan seorang pelancong G. Vijaya Lakshmi, 48, hilang selepas terjatuh ke lubang sedalam lapan meter ketika melalui kawasan itu pada 23 Ogos.

Beliau turut meminta agar pihak berkuasa diberi ruang untuk menjalankan usaha menyelamat.

“Keluarga mangsa masih menunggu dan berharap manakala pihak berkuasa juga telah berkali-kali memberi jaminan bahawa keutamaan kita adalah keselamatan termasuk di kawasan sekitarnya.

“Biar pihak berkuasa jalankan tugas tanpa komen yang tidak mempunyai autoriti,” katanya.

Terdahulu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Dr Zaliha Mustafa berkata operasi mencari dan menyelamat mangsa telah dihentikan hari ini dengan usaha kini beralih ke fasa ‘search and recovery.’

Semalam, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi jaminan bahawa Kuala Lumpur masih selamat dikunjungi meskipun berlaku beberapa insiden mendapan tanah sejak kebelakangan ini.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

VinEnergo partners with SunAsia Energy to develop solar-on-water projects integrated with aquaculture in the...

VinEnergo and SunAsia Energy will develop three Solar-on-Water projects totalling 422MWp in the Philippines, supplying clean electricity to around 278,000 households while integrating renewable energy generation with sustainable aquaculture.

Results of the IX Digital Asset Industry Classification System (“DAICS®”) 1H 2026 Review

IX Asia Indexes today announced the 1st Half 2026 Review of the IX Digital Asset Industry Classification System ("DAICS®"), aiming to provide professionals worldwide with a transparent and standardized classification scheme to determine sector and exposure of particular digital assets.

Klinik Tuah welcomes its 10,000th knee pain patient in under five years

Klinik Tuah has treated its 10,000th knee pain patient in under five years, marking a milestone in delivering accessible, non-surgical knee care while aiming to help 35,000 patients across Malaysia by 2030.

Security is the new market access: Kigen is leading the IoT security mandate

Kigen says cybersecurity is becoming a prerequisite for market access, highlighting how the EU Cyber Resilience Act and secure eSIM technology are reshaping IoT manufacturing through compliance, resilient connectivity, and long-term trust.

YF Life clinches Hong Kong Economic Journal’s “Outstanding Application of Diversified Investment Strategies” award...

YF Life has won the Hong Kong Economic Journal's "Outstanding Application of Diversified Investment Strategies" Award for the second consecutive year, recognising its "Invesurance" approach, diversified asset allocation strategy, and commitment to delivering sustainable long-term value and financial strength for clients.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings