the sun malaysia ipaper logo 150x150
Wednesday, June 24, 2026
32.1 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Tanah jerlus: Dua kali bomba ‘selam’ stesen pam sisa kumbahan cari mangsa

KUALA LUMPUR: Stesen pam di Loji Indah Water Konsortium (IWK) Pantai Dalam di sini dimasuki dua kali hari ini oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) bagi memeriksa sisa kumbahan dan menjejaki sebarang petunjuk kepada pencarian mangsa tanah jerlus.

Tinjauan Bernama mendapati anggota JBPM mengenakan pakaian perlindung diri (PPE) berwarna putih berserta helmet pada 12 tengah hari dan 3.35 petang.

Setiap pemeriksaan dilakukan anggota terlibat hampir 30 minit bagi mencari, mengesan dan mengenal pasti keberadaan mangsa sekiranya wanita 48 tahun itu berada di ‘end point’ atau lokasi terakhir keberangkalian ditemui.

Bernama difahamkan pemeriksaan akan terus dilakukan dua kali sehari selepas ini hingga mangsa dijumpai.

Operasi mencari dan menyelamat (SAR) di loji itu hari ini ditangguhkan pada 4.45 petang dan akan bersambung esok.

Jumaat lepas, mangsa yang merupakan pelancong dari Kuppam, Andhra Pradesh, India dikenali sebagai Vijayaletchumy, 48, hilang selepas terjatuh ke lubang sedalam lapan meter susulan insiden tanah jerlus di Masjid India pada 8.22 pagi.

Mangsa yang berada di negara ini bersama keluarga untuk melancong, sedang berjalan kaki di kawasan itu untuk ke sebuah kuil berhampiran bagi bersarapan sebelum kejadian.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings