the sun malaysia ipaper logo 150x150
Tuesday, June 30, 2026
30.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Gangguan bekalan air di daerah Muallim dijangka pulih sepenuhnya petang ini – Exco

IPOH: Gangguan bekalan air melibatkan ribuan pengguna di daerah Muallim akibat paip pecah susulan kejadian kepala air di Sungai Slim, dekat Slim River, kelmarin dijangka pulih sepenuhnya petang ini.

Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Tenaga, Air dan Pengangkutan Awam negeri Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin berkata sehingga malam tadi menunjukkan peratusan pemulihan bekalan air bagi kawasan-kawasan yang terlibat telah mencapai 60 peratus.

“Kerja baik pulih bersambung hari ini dan kita jangkakan jika dapat diselesaikan hari ini maka bekalan air dapat dipulihkan sepenuhnya petang nanti,“ katanya kepada media selepas merasmikan program Jelajah Sejahtera Desaku Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Rapat di padang Taman Lapangan Jaya, Kampung Rapat, di sini hari ini.

Menurutnya walaupun jambatan runtuh hingga mengakibatkan paip besar milik Lembaga Air Perak (LAP) pecah namun ia tidak memberikan kesan besar kerana mempunyai tangki air mencukupi.

“Semalam LAP sediakan lori tangki membawa masuk air untuk kegunaan orang kampung malah kawasan yang masih terjejas dibekalkan dengan tangki-tangki air sementara masalah tersebut diselesaikan sepenuhnya,“ katanya.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings