the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, June 25, 2026
29.2 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

MCMC tidak terima aduan mengenai produk gisbh di media sosial – Fahmi

PUTRAJAYA: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) setakat ini tidak menerima sebarang aduan berhubung produk perniagaan Global Ikhwan Service and Business Holding (GISBH) yang dipasarkan di platform media sosial, kata Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil.

“Kebiasaannya, sekiranya Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) melihat ada keperluan menurunkan sebarang kandungan atau isu berkaitan hak cipta dan kepenggunaan, mereka melalui Seksyen 263 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 boleh meminta agar kandungan diturunkan.

“Tetapi setakat ini, saya tidak menerima aduan melalui MCMC mengenai perkara itu,“ katanya kepada pemberita selepas Perhimpunan Bulanan Kementerian Komunikasi di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai keperluan untuk menurunkan hebahan atau produk-produk perniagaan GISBH di platform media sosial ekoran siasatan yang sedang dijalankan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Pada 11 Sept lepas, PDRM melancarkan Op Global dengan menyelamatkan 402 kanak-kanak dari 20 rumah perlindungan yang mempunyai kaitan dengan syarikat terbabit di sekitar Selangor dan Negeri Sembilan.

Ujian saringan kesihatan terhadap 392 kanak-kanak yang diselamatkan dalam Op Global itu mendapati mereka mengalami penderaan fizikal dan emosi serta eksploitasi buruh termasuk dipaksa bekerja menjual barang.

Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim kemudian menitahkan PDRM supaya menjalankan siasatan segera dan menyeluruh berkaitan isu jenayah serta penganiayaan kanak-kanak yang dikaitkan dengan rumah amal GISBH.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Striding AI Announces Plans to Develop Next-Generation Robotic Foundation Systems for Physical AI Deployment

BEIJING, CHINA - Media OutReach Newswire - 25 June 2026 - Striding AI today announced that it is developing a new generation of robotic foundation systems designed to accelerate the deployment of Physical AI in real-world environments.

Impossible Marketing Unveils ImpossiblePlus™ AI SEO Solution for Singapore Businesses

SINGAPORE - Media OutReach Newswire - 25 June 2026 - Impossible Marketing, Singapore's leading SEO agency and pioneer of AI SEO, has announced the launch of ImpossiblePlus™ — a proprietary AI visibility platform built to help businesses track how their brand is being recommended, cited, and positioned across AI-powered search engines.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings