the sun malaysia ipaper logo 150x150
Sunday, June 28, 2026
31.6 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Kedudukan Malaysia dalam banteras pemerdagangan manusia bertambah baik – Fadillah

KUCHING: Kedudukan Malaysia dalam Laporan Pemerdagangan Manusia Jabatan Negara Amerika Syarikat bertambah baik, apabila negara diletakkan dalam Tahap Dua atau Tier 2 Watch List laporan berkenaan.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof berkata ini terhasil, daripada usaha berterusan pelbagai pihak dan agensi penguat kuasa yang diterajui Pejabat Strategik Nasional Majlis Antipenyeludupan Orang dan Antipenyeludupan Migran, Kementerian Dalam Negeri dan Kementerian Sumber Manusia.

“Antara penyampaian yang signifikan ialah peningkatan bilangan kes penyiasatan dan pendakwaan terhadap pemerdagangan orang, penganjuran program kesedaran dan peningkatan kerjasama antara jabatan dan agensi dalam mencegah serta membanteras buruh paksa,” katanya berucap pada Majlis Konvensyen Banteras Eksploitasi Pekerja di sini, hari ini.

Beliau yang juga Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (Petra) berkata berdasarkan rekod yang diperolehi, tahun ini jumlah kes buruh paksa atau pemerdagangan orang di Malaysia setakat Januari hingga Julai, sebanyak dua kes yang dilaporkan berlaku di semenanjung.

Bagi tahun 2023, Fadillah berkata sebanyak 12 kes telah direkodkan yang melibatkan 11 kes di Semenanjung Malaysia dan satu kes di Sarawak, manakala pada 2022 sebanyak 16 kes dengan 15 kes di Semenanjung Malaysia dan satu kes di Sabah.

“Perkara 6 Perlembagaan Persekutuan menyatakan bahawa tiada seorang pun boleh ditahan sebagai hamba abdi dan segala bentuk kerja paksa adalah dilarang.

“Pekerja-pekerja migran yang berdokumen atau tidak berdokumen berhak untuk mendapat hak perlembagaan di Malaysia. Oleh itu, menjadi kewajiban pegawai penguat kuasa untuk melindungi setiap mangsa buruh paksa di Malaysia,” katanya.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

TCL Supports “2026 Olympic Day cum Aichi-Nagoya Asian Games Fun Run”, Celebrating the Olympic...

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire - 28 June 2026 - TCL, as a Worldwide Olympic Partner, proudly supported the "2026 Olympic Day cum Aichi-Nagoya Asian Games Fun Run", organised by the Sports Federation & Olympic Committee of Hong Kong, China, joining more than 2,500 members of the public and athletes in celebrating International Olympic Day and showing support for Hong Kong athletes competing in the Asian Games.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings