the sun malaysia ipaper logo 150x150
Saturday, July 4, 2026
31.7 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Kerajaan rencana transformasi, hala tuju baharu agenda bumiputera sedekad ke hadapan – PM Anwar

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kerajaan telah membincangkan dengan teliti kerangka dan inisiatif-inisiatif dalam memberi anjakan penyertaan, pemilikan dan penguasaan bumiputera selari dengan aspirasi Ekonomi MADANI.

Menurut Perdana Menteri, perkara itu dibincangkan dalam Mesyuarat Majlis Ekonomi Bumiputera (MEB) Bilangan 2 Tahun 2024 yang dipengerusikan sendiri oleh beliau hari ini.

“Sewaktu mempengerusikan mesyuarat itu hari ini, tumpuan terarah kepada perencanaan transformasi dan hala tuju baharu agenda bumiputera untuk sedekad ke hadapan,“ katanya menerusi catatan pada laman sosial X beliau.

Menurut beliau, sokongan agensi kerajaan termasuk Syarikat Pelaburan Berkaitan Kerajaan (GLIC) dan Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) masih diperlukan melalui penyelarasan, pengukuhan pendekatan dan sokongan penggunaan teknologi baharu yang didasari mandat penubuhan mereka.

Selain itu, beliau turut menegaskan keperluan supaya inisiatif-inisiatif yang dirangka, turut dipanjangkan manfaatnya kepada kumpulan masyarakat lain yang

22:30 22-Jul-24

turut memerlukan.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings