the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, June 25, 2026
23.6 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Kerjasama NVIDIA-YTL perkukuh infrastruktur AI Malaysia – Tengku Zafrul

KUALA LUMPUR: Kerjasama antara NVIDIA dan YTL Power International dapat memperkukuh infrastruktur kecerdasan buatan (AI) di Malaysia dan memastikan teknologi AI yang dibangunkan sesuai dengan keperluan serta nilai budaya negara.

Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata dengan infrastruktur AI yang canggih, Malaysia berada di landasan yang tepat untuk menjadi antara hab utama AI serantau.

“Kerjasama itu dapat membuka peluang dalam membangunkan model bahasa besar (LLM) dalam Bahasa Melayu.

“Kerjasama ini akan membawa superkomputer terpantas ke negara kita, ditempatkan di YTL Green Data Center Park, Kulai, Johor, dan dijana sepenuhnya oleh tenaga solar,” katanya menerusi hantaran di platform media sosial X pada Jumaat.

Beliau berkata selain itu, usaha tersebut selari dengan aspirasi negara mengikut Pelan Induk Perindustrian Baharu (NIMP) 2030 untuk menjadi negara yang mengutamakan awan dan memperkukuh ekosistem AI tempatan

Inisiatif seperti ini akan memanfaatkan inovasi, mewujudkan peluang untuk bakat tempatan dalam sektor teknologi, serta menarik lebih banyak pelaburan dan kepakaran antarabangsa, sekali gus mengukuhkan kedudukan Malaysia di persada global dalam bidang AI, katanya.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings