the sun malaysia ipaper logo 150x150
Tuesday, June 23, 2026
23.4 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Malaysia hasrat pelajari kejayaan China dalam pelaksanaan 5G

BEIJING: Status pelaksanaan 5G di China yang ketika ini meliputi lebih 90 peratus di kawasan berpenduduk, menarik minat Malaysia untuk mempelajari kejayaan negara Tembok Besar itu dalam meningkatkan kesalinghubungan terutama di kawasan pedalaman.

Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata ini terutamanya pada ketika negara sedang melaksanakan model dwirangkaian Internet berkelajuan tinggi 5G, bagi menyediakan perkhidmatan telekomunikasi yang berkualiti dan inklusif kepada rakyat.

Perkara itu antara yang dibincangkan Fahmi dalam mesyurat dua hala bersama Menteri Industri dan Teknologi Maklumat China Jin Zhuanlong di sini, yang berlangsung hampir 30 minit semalam.

“Dalam pertemuan ini, kita berkesempatan membincangkan beberapa perkara termasuk status pelaksanaan rangkaian 5G di China dan Malaysia, cabaran yang dihadapi dan beberapa penambahbaikan atau dapatan yang boleh kita pelajari antara satu sama yang lain,” katanya kepada Bernama selepas pertemuan itu.

Fahmi berkata antara masalah yang dihadapi di Malaysia ialah pemasangan fiber sebagai backhaul di kawasan terpencil, luar bandar, pulau, bukit-bukau.

Beliau berkata perbincangan berkenaan, turut menyentuh mengenai teknologi direct-to-cell melibatkan satelit orbit rendah bumi (LEO) yang dilihat mampu membantu mengatasi masalah Internet di kawasan terpencil serta kawasan yang tiada sambungan Internet.

Berdasarkan data Kementerian Perindustrian dan Teknologi Maklumat China, pada ketika ini bilangan stesen pangkalan 5G di negara itu melebihi 4.04 juta pada akhir Ogos.

Angka itu menyumbang 32.1 peratus daripada jumlah stesen pangkalan mudah alih di seluruh China, dengan bilangan pelanggan mudah alih 5G di negara itu mencecah 966 juta.

Di Malaysia pula, setakat ini sebanyak 7,191 tapak 5G telah siap dibangunkan di seluruh negara dengan 564 di Sabah dan 551 di Sarawak, manakala tahap liputan kini 81.9 peratus di kawasan berpenduduk.

Fahmi berkata dalam pertemuan itu juga, kedua-dua pihak turut membincangkan mengenai cabaran inovasi 5G, yang menyaksikan pihak vendor sebagai penyedia kemudahan peralatan bagi 5G dalam mengadaptasi dan menghasilkan inovasi.

“Jadi ini sangat menarik, saya minta MCMC (Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia) jalankan perbincangan lebih mendalam termasuk dalam perkara seperti kabel bawah laut yang saya rasa satu perkara yang perlu kita teliti dan kaji,” katanya.

Fahmi turut berharap pertemuan itu dapat mengeratkan hubungan antara kedua-dua kementerian, sekali gus membantu agensi seperti MCMC mendapatkan input berguna dalam pelaksanaan rangkaian 5G.

Ini merupakan pertemuan kedua antara kedua-dua pemimpin itu selepas bertemu di Putrajaya pada Jun tahun lepas.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Honda LCR unveils striking black-and-gold GOD55 Sports livery for 2026 Italian MotoGP

Honda LCR and GOD55 Sports unveiled a special black-and-gold livery at the 2026 Italian MotoGP in Mugello, marking a milestone in their partnership. The striking design, ridden by returning rider Cal Crutchlow, highlighted the brand's growing presence in global motorsport and fan engagement.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings