the sun malaysia ipaper logo 150x150
Monday, June 29, 2026
28.5 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Perniagaan, organisasi disaran teroka ketersambungan internet ultra laju – Gobind

KUALA LUMPUR: Menteri Digital Gobind Singh Deo menggesa perniagaan dan organisasi di Malaysia meneroka peluang luas yang terdapat dalam ketersambungan Internet ultra laju selain mengambil langkah proaktif melindungi aset digital.

Beliau berkata ketersambungan ultra laju menyediakan pelbagai faedah dan peluang kerana ketersambungan Internet yang pantas dan boleh dipercayai menjadi tulang belakang untuk pembangunan ekonomi.

“Internet ultra laju akan meningkatkan produktiviti, kecekapan dan inovasi merentasi semua industri seperti e-dagang, pertanian, pendidikan, penjagaan kesihatan, kewangan dan perkhidmatan kerajaan.

“Perkhidmatan dan pengeluaran akan menjadi 10 kali lebih pantas atau lebih,” katanya pada pameran ketersambungan jalur lebar 10 Gigabit per saat yang pertama di Malaysia anjuran ViewQuest di sini hari ini.

Menteri itu berkata ketersambungan ultra laju itu memperlihatkan keupayaan dan manfaat termaju Internet 10 Gbps selain menjadi bukti kepada infrastruktur Internet di Malaysia yang pantas dan boleh dipercayai serta memberi kesan yang mengubah keadaan terhadap masa depan digital.

Beliau berkata untuk menyokong dan mengurus Internet ultra laju maka perlu ada pasukan sokongan teknikal terlatih serta profesional selain pakar yang berupaya menangani potensi risiko keselamatan siber.

Sementara itu, Gobind turut menyentuh mengenai Akta Keselamatan Siber diluluskan di Parlimen April lepas dan pindaan Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 yang diluluskan semalam di Dewan Rakyat.

“Undang-undang dan dasar untuk melindungi semua pihak amat penting memandangkan teknologi digital semakin pesat berkembang.

“Kita perlu mewujudkan kepercayaan digital ekoran semakin banyak syarikat multinasional melabur di Malaysia, menubuhkan pusat data dan kemudahan digital untuk terus memacu ekonomi negara,“ katanya.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Afogreen Build Highlights Growing Adoption of Building Performance Modelling in Australia’s Sustainability-Driven Construction Sector

SYDNEY, AUSTRALIA - Media OutReach Newswire - 29 June 2026 - As sustainability requirements and operational performance expectations evolve, building performance modelling is becoming increasingly important across Australia's construction sector.

Doubleview Provides Hat Project Development Update as Ongoing Drilling Supports Next Mineral Resource Estimate...

Vancouver, British Columbia - Newsfile Corp. - June 29, 2026 - Doubleview Gold Corp. (TSXV: DBG) (OTCQB: DBLVF) (FSE: 1D4) ("Doubleview" or the "Company") is pleased to provide an update on ongoing technical and development work at its 100%-owned Hat Project in northwestern British Columbia.

Prudential and South East CDC launch programme to help 3,000 children learn money management...

With rising temperatures and dengue risks becoming a growing concern in Singapore, Prudential Singapore ("Prudential"), in partnership with South East Community Development Council ("South East CDC"), has launched Get Fit! Get Lit! (GFGL).

Siam Paragon creates a world-class horological benchmark with “Siam Paragon Bangkok Watch Week 2026”

Siam Paragon, a 'global luxury destination' and a top-of-mind destination recognized by both locals and international visitors worldwide, is set to once again captivate the international watch community with the return of "Siam Paragon Bangkok Watch Week 2026.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings