Monday, October 27, 2025
29.4 C
Malaysia
spot_img

Asean: Sidang kemuncak RCEP, EAS fokus integrasi ekonomi, kerjasama strategik

The Sun Webdesk

Pemimpin ASEAN dan rakan dialog bincang integrasi ekonomi serantau dan kerjasama strategik dalam Sidang Kemuncak RCEP dan EAS di Kuala Lumpur

KUALA LUMPUR: Pemimpin ASEAN dan rakan dialog akan memberi tumpuan kepada usaha memperkukuh integrasi ekonomi serantau serta kerjasama strategik semasa Sidang Kemuncak Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau ke-5 dan Sidang Kemuncak Asia Timur ke-20.

Kedua-dua sidang kemuncak yang berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur itu menjadi tumpuan utama pada hari kedua Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 dan Sidang Kemuncak Berkaitan di bawah tema Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025.

Mesyuarat berkenaan dijangka merangka hala tuju baharu dalam bidang perdagangan, pelaburan dan kestabilan serantau di tengah-tengah persekitaran global yang semakin kompleks.

Hari ini akan dimulakan dengan Sidang Kemuncak ASEAN-Republik Korea ke-26 dari 9.30 pagi hingga 10.30 pagi yang dihadiri oleh ketua negara dan kerajaan ASEAN serta Presiden Korea Selatan Lee Jae Myung.

Sidang Kemuncak Republik Korea itu akan menegaskan semula kerjasama dalam bidang inovasi, peralihan tenaga dan pertukaran belia di bawah Inisiatif Solidariti Korea-ASEAN.

Ia akan diikuti oleh Sidang Kemuncak ASEAN Campur Tiga ke-28 yang melibatkan ASEAN, China, Jepun dan Korea Selatan dari 10.45 pagi hingga 12.15 tengah hari.

Antara yang dijangka hadir wakil daripada Pejabat Penyelidikan Makroekonomi ASEAN Campur Tiga, Majlis Perniagaan Asia Timur dan Sekretariat Kerjasama Tiga Pihak.

Pada 12.30 tengah hari, majlis resepsi akan diadakan sempena kemasukan rasmi Timor-Leste sebagai anggota ASEAN bagi meraikan ahli baharu blok itu.

Seterusnya, Sidang Kemuncak Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau yang dijadualkan dari 1.45 tengah hari hingga 3.15 petang akan menghimpunkan wakil 15 negara anggota yang menyumbang kira-kira 30 peratus daripada keluaran dalam negara kasar global.

Antara topik yang akan dibincangkan termasuk perdagangan dan pelaburan, memperkukuh daya tahan rantaian bekalan serta pendigitalan.

Pada 3.30 petang, Sidang Kemuncak Asia Timur akan bermula dengan menghimpunkan pemimpin ASEAN bersama lapan rakan dialog termasuk China, Jepun, India, Korea Selatan, Australia, New Zealand, Rusia dan Amerika Syarikat.

Diikuti Sidang Kemuncak ASEAN-Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu ke-15 dari 6.30 petang hingga 7.30 malam yang dijangka memberi tumpuan kepada kesepadanan antara Visi Komuniti ASEAN 2025 dan Agenda 2030 PBB untuk Pembangunan Mampan.

Sebagai acara kemuncak hari tersebut, majlis makan malam gala akan dianjurkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail pada 9 malam.

Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 dan Sidang Kemuncak Berkaitan dari 26 hingga 28 Oktober ini dijangka menjadi antara yang terbesar dalam sejarah penganjuran kumpulan serantau itu. – Bernama

Related

spot_img

Latest

HKBU’s CLAP-TECH Report Urges Integration of VPET into Schools to Empower Students with Skills, Career Readiness, and Diverse Pathways

Led by HKBU and funded by The Hong Kong Jockey Club Charities Trust, the CLAP-TECH initiative showcases how Vocational and Professional Education and Training (VPET) empowers secondary students with practical skills, diverse pathways, and stronger career readiness.
spot_img

Popular Categories

spot_imgspot_img