the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, July 3, 2026
28.5 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Persatuan sukan digesa cungkil bakat baharu, jangan hanya harap pemain naturalisasi

PUTRAJAYA: Persatuan sukan kebangsaan digesa supaya mencungkil bakat tempatan baharu dan tidak hanya bergantung kepada khidmat pemain naturalisasi untuk mewakili Malaysia di peringkat antarabangsa.

Bercakap atas kapasiti peribadi, Pesuruhjaya Sukan (PJS) Suhardi Alias (gambar) berkata pemain naturalisasi, khususnya mereka yang berpengalaman, mampu memberi impak positif untuk jangka masa pendek sahaja memandangkan prestasi mereka lama-kelamaan akan menempuh tempoh di luar puncak.

Beliau berpendapat persatuan sukan kebangsaan memerlukan pelan jangka panjang dan holistik dalam melahirkan atlet cemerlang yang mengharumkan nama negara di persada dunia.

“Kita (PJS) tidak membantah pengambilan atlet naturalisasi namun perlu dilihat dalam sudut jangka masa panjang…untuk lebih mampan, adalah lebih realistik dan wajar sekiranya kita bangunkan atlet kita sendiri.

“Apabila bangunkan atlet-atlet muda, kita akan dapat atlet-atlet hebat seperti pemain bola sepak Muhammad Faisal Halim (yang beraksi cemerlang di Piala Asia 2023),” katanya kepada pemberita.

Beliau berkata demikian selepas pelancaran Piala Triatlon Asia 2024 yang bakal berlangsung di Kompleks Sukan Air Presint 6 di sini pada 25 Feb depan.

Sementara itu, Suhardi berkata persatuan sukan perlu selektif memilih kejohanan bagi memastikan atlet negara berada pada tahap optimum dari aspek fizikal, mental dan emosi, berbanding menyertai semua kejohanan yang berada dalam kalendar pertandingan.

Persatuan sukan katanya disarankan supaya merancang jadual penyertaan kejohanan berdasarkan tahap kemuncak prestasi atlet berbanding mengikut kalendar. -Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

The VinFast VF 8 and the New Priorities of EV Ownership

DUBAI, UAE - Media OutReach Newswire - 3 July 2026 - Today's EV buyers are looking beyond range and horsepower. They want an ownership experience that is just as reassuring as the vehicle itself, and that is where the VinFast VF 8 makes a strong case.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings