the sun malaysia ipaper logo 150x150
Saturday, July 25, 2026
27.6 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Polis Kelantan tidak kompromi kes pegawai disyaki rogol wanita

PASIR MAS: Polis Kelantan tidak akan berkompromi terhadap kes seorang pegawai penyiasat berpangkat Inspektor selepas disyaki merogol seorang wanita yang membuat laporan di pejabat suspek di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tumpat, Ahad lepas.

Ketua Polis Kelantan Datuk Muhamad Zaki Harun (gambar) berkata pihaknya tidak sesekali menyembunyikan kes berkenaan malah akan menjalankan siasatan lebih teliti terhadap pegawai berusia 38 tahun itu.

“Dia (suspek) kini direman selama tujuh hari bermula hari ini untuk disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol.

“Suspek juga akan disiasat di bawah kesalahan tatatertib dan orang ramai perlu melihat perkara itu secara keseluruhan serta memberi peluang kepada polis untuk melakukan siasatan lanjut,“ katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Istiadat Penganugerahan Pingat Jasa Pahlawan Negara (PJPN) kepada 109 pegawai dan pesara polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pasir Mas, di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Muhamad Zaki berkata siasatan awal yang dijalankan mendapati kejadian berlaku ketika mangsa berusia 23 tahun hadir sebagai saksi bagi siasatan berkaitan satu kes pemerasan di IPD Tumpat.

“Mangsa adalah seorang peniaga barangan kosmetik secara dalam talian dan hadir ke IPD Tumpat sebagai saksi dan ketika kejadian tiada sesiapa di tempat tersebut,“ katanya.

Media sebelum ini melaporkan perintah reman selama tujuh hari bermula hari ini dikeluarkan Majistret Wan Ashrul Afham Mohamad Azmi di Mahkamah Majistret Tumpat terhadap seorang Inspektor polis yang disyaki merogol seorang wanita di IPD Tumpat.

Dalam perkembangan lain, Muhamad Zaki berkata dalam Operasi Tapis Bersepadu di seluruh negeri yang dijalankan pada 24 hingga 28 Jan lepas, Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Kelantan menahan 328 orang atas pelbagai kesalahan.

Beliau berkata suspek yang ditahan berusia antara 15 hingga 65 tahun melibatkan 311 warga tempatan serta 17 warga asing selain merampas pelbagai jenis dadah bernilai RM376,000 termasuk ganja, pil kuda dan Eramin 5. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Mengniu’s Chinese Culture Pavilion captivates the world at the FIFA World Cup

Mengniu has launched a 400-square-metre Chinese Culture Pavilion outside the FIFA World Cup Final venue in New York, showcasing traditional Chinese culture through immersive exhibits inspired by Beijing's Central Axis. The initiative reinforces Mengniu's commitment to promoting Chinese culture while expanding its global presence as an Official Sponsor of the 2026 FIFA World Cup.

House of Origin elevates the Cantonese culinary canon with pristine expressions for summer

House of Origin at Galaxy Macau has launched a new summer dining programme featuring a seasonal Cantonese menu, an exclusive 15-Year Moutai pairing dinner and a refined lunch service. The latest offerings celebrate premium seasonal ingredients, traditional Cantonese craftsmanship and contemporary culinary artistry.

Breaking the bed bug control industry bottleneck: Nobedbugs-HK redefines global bed bug eradication standards...

Hong Kong-based Nobedbugs-HK is setting a new benchmark in the global pest control industry with its proprietary thermal treatment technology and custom formulations. Having completed over 10,000 successful bed bug eradication projects, the company claims a 100% success rate while addressing long-standing challenges in residential and commercial pest control.

AIA Hong Kong leads industry again with most No.1 market positions in Q1 2026

AIA Hong Kong has once again emerged as the insurer with the most No.1 market positions in the first quarter of 2026, according to provisional statistics released by the Insurance Authority. The company led across multiple categories, including new business policies, inforce policies, agency channel premiums and group insurance, reinforcing its leadership in Hong Kong's insurance market.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings