the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 23, 2026
26.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Pencen penjawat awam: Cuepacs harap masih ada ruang perbincangan

KUALA NERUS: Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) berharap masih terdapat ruang perbincangan antara pihaknya dengan kerajaan sebelum dasar baharu pengambilan penjawat awam secara tetap tetapi tidak berpencen, dilaksanakan.

Presidennya Datuk Adnan Mat (gambar) berkata Cuepacs berpendirian sistem persaraan yang ada pada ketika ini merupakan yang terbaik serta bersesuaian dengan kedudukan gaji penjawat awam bagi mereka meneruskan kehidupan di hari tua nanti.

“Jika kerajaan ingin membuat suatu keputusan dalam Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) termasuk memansuhkan sistem pencen ini, kerajaan perlu meningkatkan gaji yang lebih besar supaya kami mampu untuk mencarum (dalam Kumpulan Wang Simpanan Pekerja) dan mampu berbelanja serta menyimpan untuk hari tua,” katanya kepada pemberita pada Majlis Solidariti Cuepacs Zon Timur Bersama Presiden Cuepacs di sini malam semalam.

Adnan berkata gaji yang diterima penjawat awam kini disifatkannya “cukup-cukup makan” sehingga ada penjawat awam tidak mampu memiliki rumah sendiri dan sistem pencen sedia ada merupakan kemudahan buat mereka meneruskan kehidupan selepas persaraan.

Beliau berkata keputusan pemansuhan pemberian pencen juga dikhuatiri akan membawa “kesuraman” kepada perkhidmatan awam pada masa akan datang.

Dalam pada itu beliau sekali lagi menyeru kerajaan supaya segera menaikkan gaji penjawat awam tanpa perlu menunggu pelaksanaan SSPA yang mungkin siap penghujung tahun ini berikutan situasi kenaikan kos sara hidup dan harga barangan ketika ini. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Lebanon and Israel set for next talks in Italy

Lebanon and Israel will hold their next US-brokered talks in Italy on August 4 as both sides begin implementing a plan for Israeli withdrawals and Lebanese army deployments.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings