the sun malaysia ipaper logo 150x150
Tuesday, June 23, 2026
23.4 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Polis bongkar makmal haram milik suami isteri, rampas dadah bernilai RM1.4 juta

KAJANG: Polis membongkar sebuah makmal haram dan stor penyimpanan dadah milik sepasang suami isteri dalam tiga serbuan berasingan secara serentak di sekitar Lembah Klang Jumaat lepas.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman Datuk Khaw Kok Chin berkata dalam serbuan itu, pihaknya menahan 13 ahli sindiket yang dipercayai aktif sejak tahun lepas dan merampas pelbagai jenis dadah bernilai RM1.48 juta.

Beliau berkata kesemua suspek terdiri daripada warga tempatan termasuk lima wanita berumur lingkungan 21 hingga 51 tahun.

“Dua dalang utama sindiket ini merupakan seorang lelaki yang menjadi koordinator kepada sistem pengedaran dan pemprosesan dadah, manakala isterinya menguruskan segala sewaan rumah dan kenderaan.

“Sindiket ini menjadi sumber kepada pengedar dadah lain di sekitar Lembah Klang dan mereka mengedar kepada yang dikenali sahaja dengan menggunakan perkhidmatan kurier,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang di sini hari ini.

Khaw berkata dalam tangkapan pertama, JSJN memeriksa bahagian belakang sebuah kenderaan jenis Honda City dipandu seorang lelaki berumur 25 tahun dan menjumpai heroin seberat 2.441 kilogram (kg) di Jalan Cheras – Kajang Expressway.

Beliau berkata pemeriksaan kedua dijalankan di sebuah rumah teres di Semenyih, Selangor dan polis menjumpai 16 bungkusan plastik berisi dadah jenis heroin seberat 7.31 kg.

“Turut dirampas satu plastik lutsinar berisi bahan kimia mengandungi dadah seberat 4.583 kg, lapan botol kaca bahan kimia mengandungi dadah seberat 13.64 kg serta pelbagai peralatan untuk memproses dadah.

“Pemeriksaan susulan dilaksanakan di sebuah kondominium mewah di Kuala Lumpur dan menjumpai pelbagai jenis dadah seperti syabu seberat 26.25 kg, heroin seberat 55.33 kg dan 4.208 kg ganja,” katanya.

Kes itu disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan kesemua suspek direman selama enam hari bermula Sabtu lepas hingga 3 Mei ini.

Beliau berkata pihak JSJN akan meneruskan siasatan untuk mengesan rangkaian sindiket itu yang dipercayai masih bebas dan orang ramai diminta untuk menyalurkan maklumat berkaitan aktiviti pengedaran dadah melalui hotline JSJN 012-2087222.

“Tindakan juga diambil di bawah Akta Dadah Berbahaya (Pelucuthakan Harta) 1988, pihak kami menyita pelbagai aset sindiket dengan anggaran RM1.08 juta terdiri daripada sembilan kereta, sebuah lori, tiga motosikal, wang tunai RM213,000 dan 26 barangan kemas,” katanya.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Thailand Launches FastPass Program, Unlocking USD 21 billion in Strategic High-Tech Investment

BANGKOK, THAILAND - Media OutReach Newswire - 23 June 2026 - Prime Minister Anutin Charnvirakul formally launched Thailand FastPass at Government House, mobilizing over USD 21 billion (approximately 700 billion baht) in strategic high-tech investment.

Hydrowash Detailing Pte Ltd Named Distinguished Brand of the Year, Strengthening Its Position in...

SINGAPORE - Media OutReach Newswire - 23 June 2026 - Hydrowash Detailing Pte Ltd, a Singapore-based automotive detailing company, has been honoured with the Distinguished Brand of the Year award, recognising the company's commitment to service excellence, customer satisfaction, and innovation in automotive care.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings