the sun malaysia ipaper logo 150x150
Wednesday, July 22, 2026
27.5 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Culik lelaki: Suami isteri dipenjara 20 bulan

KOTA BHARU: Sepasang suami isteri dipenjara 20 bulan oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini selepas mengaku bersalah atas pertuduhan menculik dan melarikan seorang lelaki ke Golok, Thailand tahun lepas.

Mr Mayuni Hayeebuding, 48, yang merupakan warga Thailand dan isterinya, Nor Haznie Che Aziz, 40, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan terhadap mereka dibacakan di hadapan Majistret Rais Imran Hamid.

Mengikut pertuduhan, kedua-dua tertuduh bersama dengan tiga yang masih bebas didakwa menculik Muhammad Alamin Ismail, 26, di sebuah kedai makan No.515, Jalan Sabak Bt.6, Kampung Gong Jerat, Pengkalan Chepa di sini kira-kira 1 pagi, pada 16 Jan 2023.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 363 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara hingga tujuh tahun dan denda jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Syazalia Che Suhaimin, manakala kedua-dua tertuduh tidak diwakili peguam.

Terdahulu, Nor Haznie dalam rayuannya memohon agar hukuman penjara dikurangkan atas alasan menanggung enam anak selain pendapatan suaminya sebagai buruh yang tidak menentu.

Sementara itu, Syazalia memohon agar hukuman setimpal dikenakan terhadap kedua-dua tertuduh dengan mengambil kira kepentingan mangsa selain memberi pengajaran kepada mereka supaya tidak melakukan kesalahan yang sama lagi.

Hukuman penjara 20 bulan itu bermula dari tarikh pasangan itu ditangkap pada 17 Jan 2023. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Lebanon and Israel set for next talks in Italy

Lebanon and Israel will hold their next US-brokered talks in Italy on August 4 as both sides begin implementing a plan for Israeli withdrawals and Lebanese army deployments.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings