the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, June 25, 2026
24.5 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Kerajaan harus ambil pendekatan proaktif laksanakan agenda pembaharuan, titah Agong

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim bertitah kerajaan harus mengambil pendekatan yang proaktif dalam melaksanakan agenda pembaharuan bagi memperkukuh daya saing negara.

Dalam Istiadat Pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Parlimen ke-15 hari ini, Seri Paduka Baginda bertitah ini penting bagi memastikan Malaysia muncul sebagai sebuah ekonomi mampan sejajar dengan keperluan semasa.

“Kerajaan juga perlu menyediakan insentif yang menarik dan memudahkan segala urusan melalui tadbir urus yang cekap dan dasar yang dibuat di peringkat Persekutuan.

“Ini juga hendaklah disesuaikan dengan keadaan persekitaran di negeri-negeri kerana setiap negeri mempunyai keadaan yang berbeza, terutama dalam sektor pembangunan hartanah,” titah Sultan Ibrahim.

Seri Paduka Baginda bertitah peningkatan taraf sistem pendidikan tinggi dalam negara juga telah melahirkan ramai graduan yang bermutu tinggi.

Namun, peluang pekerjaan yang ditawarkan pada masa ini adalah tidak setaraf dengan kelayakan yang mereka miliki.

Sehubungan itu, Sultan Ibrahim bertitah kerajaan perlu berusaha menarik pelaburan bernilai tinggi supaya peluang pekerjaan yang dihasilkan akan memberi pendapatan yang berpatutan.

Selain itu, Seri Paduka Baginda bertitah tahun lepas menyaksikan kedudukan ekonomi Malaysia telah berkembang sebanyak 3.7 peratus dan kekal mampan walaupun prestasi pertumbuhan ekonomi serta perdagangan global berada pada tahap sederhana.

Kadar pengangguran negara pula berada pada tahap 3.3 peratus dan kadar inflasi sebanyak 2.5 peratus.

Jumlah pelaburan yang diluluskan pada tahun 2023 adalah sebanyak RM329.5 bilion dan telah mencipta lebih 127,000 peluang pekerjaan dalam tempoh yang sama, titah Seri Paduka Baginda.

Bagi perdagangan antarabangsa pula, Sultan Ibrahim bertitah, eksport negara telah mencatat nilai sebanyak RM1.426 trilion pada 2023 manakala Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada 2024 dianggarkan antara empat peratus hingga lima peratus disokong oleh langkah dan pembaharuan yang telah diumumkan dalam Belanjawan 2024.

“Sebagai langkah jangka sederhana, kerangka Ekonomi MADANI bagi memperkasa rakyat yang telah dilancarkan adalah komitmen kerajaan untuk merancakkan serta menstruktur semula aktiviti ekonomi dan pelaburan.

“Selari dengan hasrat ini, kerajaan juga telah merangka Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara, Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030, Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-12 dan Belanjawan 2024 untuk mengangkat taraf hidup rakyat ke tahap yang lebih tinggi berlandaskan keadilan sejagat,“ titah Sultan Ibrahim. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Axis-REIT to acquire City-Link’s Bandar Saujana Putra distribution hub for RM128m

The RM128mil acquisition deepens Axis-REIT's exposure to Malaysia's growing logistics and industrial sector, buoyed by e-commerce expansion and rising demand for last-mile delivery. For City-Link Express, the sale-and-leaseback unlocks capital from a mature asset to fund technology, network and talent investments — while keeping the site as its operational headquarters.

EVB Successfully Concludes Power2Drive Europe 2026 With Advanced EV Charging Solutions

MUNICH, GERMANY - Media OutReach Newswire – 25 June 2026 - EVB successfully concluded its June 23–25 exhibition at Power2Drive Europe 2026 at Messe München, where it connected with global industry professionals and highlighted its latest EV charging, energy storage, and power management solutions for cleaner, smarter, and more efficient energy systems.

Trashure Hunt Opens at Raffles City, Turning Singapore’s Waste Challenge Into Public Art

SINGAPORE - Media OutReach Newswire - 25 June 2026 - Trashure Hunt 2026 will open its award ceremony and public exhibition this Saturday, 27 June, at Raffles City Shopping Centre, inviting Singaporeans to see how discarded materials can be transformed into artworks that spark practical conversations on waste, recycling and climate action.

ISCA Will Lead Singapore’s Accountancy Profession March In NDP 2026 For The First Time

SINGAPORE - Media OutReach Newswire - 25 June 2026 - For the first time, Singapore's accountancy profession will be represented in the National Day Parade (NDP), as the Institute of Singapore Chartered Accountants (ISCA) leads a civilian marching contingent made up of accountants, aspiring Chartered Accountants, students, educators and partners from across the profession.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings