the sun malaysia ipaper logo 150x150
Saturday, July 25, 2026
27.6 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Gara-gara tersiku, lelaki maut ditumbuk

PETALING JAYA: Gara-gara tersiku ketika berjalan dipercayai punca tercetusnya pergaduhan antara dua lelaki yang berakhir dengan kematian di sebuah pusat hiburan di sini, awal pagi Sabtu lepas.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Shahrulnizam Jaafar (gambar) berkata mangsa warga tempatan berusia 40-an maut selepas dikatakan ditumbuk seorang lelaki warga asing.

“Kejadian dipercayai berlaku pada 1 pagi selepas suspek,40-an, tersiku mangsa ketika berjalan dalam pusat hiburan berkenaan sehingga berlaku pergaduhan akibat campur tangan rakan mangsa.

“Suspek didakwa telah menumbuk muka mangsa menyebabkan mangsa jatuh dan belakang kepalanya pecah,“ katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya di sini hari ini.

Shahrulnizam berkata suspek kini direman hingga 29 Mac dan kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Turut ditahan ialah rakan mangsa bagi membantu siasatan.

Pada perkembangan lain, Shahrulnizam berkata polis berjaya menahan empat suspek termasuk seorang wanita di sekitar Kelana Jaya kerana dipercayai terlibat jenayah ragut dan pecah kereta.

Beliau berkata tangkapan pada 6 pagi 17 Mac lepas melibatkan dua lelaki dan seorang wanita warga asing yang disyaki dalang di sebalik enam kejadian ragut sekitar Kelana Jaya.

Semua suspek direman tujuh hari bermula tarikh tangkapan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan.

Shahrulnizam berkata pihaknya juga berjaya menyelesaikan enam kes pecah kereta dengan penahanan seorang lelaki tempatan berusia 20-an di sebuah rumah di Taman Putra Damai, Kelana Jaya pada 12.49 tengah hari 22 Mac lepas.

Suspek yang mempunyai empat rekod jenayah narkotik direman selama empat hari bagi membantu siasatan di bawan Seksyen 379/427 Kanun Keseksaan. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Mengniu’s Chinese Culture Pavilion captivates the world at the FIFA World Cup

Mengniu has launched a 400-square-metre Chinese Culture Pavilion outside the FIFA World Cup Final venue in New York, showcasing traditional Chinese culture through immersive exhibits inspired by Beijing's Central Axis. The initiative reinforces Mengniu's commitment to promoting Chinese culture while expanding its global presence as an Official Sponsor of the 2026 FIFA World Cup.

House of Origin elevates the Cantonese culinary canon with pristine expressions for summer

House of Origin at Galaxy Macau has launched a new summer dining programme featuring a seasonal Cantonese menu, an exclusive 15-Year Moutai pairing dinner and a refined lunch service. The latest offerings celebrate premium seasonal ingredients, traditional Cantonese craftsmanship and contemporary culinary artistry.

Breaking the bed bug control industry bottleneck: Nobedbugs-HK redefines global bed bug eradication standards...

Hong Kong-based Nobedbugs-HK is setting a new benchmark in the global pest control industry with its proprietary thermal treatment technology and custom formulations. Having completed over 10,000 successful bed bug eradication projects, the company claims a 100% success rate while addressing long-standing challenges in residential and commercial pest control.

AIA Hong Kong leads industry again with most No.1 market positions in Q1 2026

AIA Hong Kong has once again emerged as the insurer with the most No.1 market positions in the first quarter of 2026, according to provisional statistics released by the Insurance Authority. The company led across multiple categories, including new business policies, inforce policies, agency channel premiums and group insurance, reinforcing its leadership in Hong Kong's insurance market.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings