the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 23, 2026
27.5 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Lelaki pukul ibu hingga cedera di kepala, patah dua gigi

KUALA LUMPUR: Hanya kerana tidak berpuas hati almari kasut diletakkan di laluan masuk ke biliknya, seorang pemuda bertindak kejam memukul ibunya dengan menggunakan stereng kereta, menyebabkan mangsa patah dua batang gigi dan berdarah di kepalanya.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya ACP Mohd Azam Ismail (gambar) berkata dalam kejadian 12.30 malam itu, mangsa berusia 74 tahun dilaporkan sedang tidur, sebelum didatangi suspek yang kemudian bertindak memukul warga emas itu.

“Melihat kejadian itu, adik mangsa yang berusia 30-an cuba untuk menenangkan abangnya, namun dia turut ditumbuk,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Ekoran kejadian itu ibu mangsa telah membuat laporan polis dan suspek yang berusia 36 tahun yang tidak mempunyai sebarang pekerjaan, ditahan sejurus selepas itu.

Beliau berkata hasil ujian air kencing terhadap suspek didapati mendapati negatif dadah.

Lelaki itu kini direman tujuh hari sehingga 27 Feb depan dan kes disiasat di bawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan, kerana dengan sengaja menyebabkan cedera parah dengan jalan menggunakan senjata atau lain-lain benda yang merbahaya. -Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Lebanon and Israel set for next talks in Italy

Lebanon and Israel will hold their next US-brokered talks in Italy on August 4 as both sides begin implementing a plan for Israeli withdrawals and Lebanese army deployments.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings