the sun malaysia ipaper logo 150x150
Saturday, July 25, 2026
27.6 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Keputusan rayuan Siti Bainun ditangguh ke 2 Mei ini

KUALA LUMPUR: Keputusan rayuan pengasas Rumah Bonda Siti Bainun Ahd Razali yang didapati bersalah atas kesalahan mengabai serta menganiaya seorang remaja perempuan sindrom Down dikenali sebagai Bella, yang dijadual hari ini ditangguhkan ke 2 Mei oleh Mahkamah Tinggi di sini.

Peguam Haijan Omar yang mewakili Siti Bainun selaku perayu berkata tarikh baharu itu dimaklumkan oleh mahkamah menerusi e-mel pada 22 April lepas.

“Keputusan rayuan pada hari ini (24 April) ditangguhkan ke 2 Mei pada 9.30 pagi,” kata Haijan ketika dihubungi pemberita hari ini.

Pada 7 Mac lepas, Hakim Datuk Noorin Badaruddin menetapkan 24 April untuk keputusan rayuan Siti Bainun selepas mendengar hujahan pihak peguam dan pendakwaan.

Pada 3 Mei 2023, Hakim Mahkamah Sesyen Izralizam Sanusi memerintahkan Siti Bainun menjalani hukuman penjara 12 tahun serta-merta dan dihantar ke Penjara Kajang untuk menjalani hukuman itu selepas menolak permohonannya untuk menangguhkan pelaksanaan hukuman.

Siti Bainun, yang didapati bersalah melakukan perbuatan itu terhadap Bella, yang ketika itu berusia 13 tahun di sebuah unit kondominium di Wangsa Maju di sini antara Februari dan Jun 2021, turut diperintah menandatangani bon berkelakuan baik selama lima tahun dengan seorang penjamin berserta cagaran RM5,000.

Wanita itu juga diarah melaksanakan khidmat masyarakat selama 200 jam yang perlu disempurnakan dalam tempoh enam bulan selepas tamat hukuman penjara.

Mahkamah Tinggi pada 23 Mei 2023 menolak permohonan Siti Bainun agar pelaksanaan hukuman penjara terhadapnya ditangguhkan selepas mendapati tiada keadaan khas atau luar biasa untuk berbuat demikian.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Mengniu’s Chinese Culture Pavilion captivates the world at the FIFA World Cup

Mengniu has launched a 400-square-metre Chinese Culture Pavilion outside the FIFA World Cup Final venue in New York, showcasing traditional Chinese culture through immersive exhibits inspired by Beijing's Central Axis. The initiative reinforces Mengniu's commitment to promoting Chinese culture while expanding its global presence as an Official Sponsor of the 2026 FIFA World Cup.

House of Origin elevates the Cantonese culinary canon with pristine expressions for summer

House of Origin at Galaxy Macau has launched a new summer dining programme featuring a seasonal Cantonese menu, an exclusive 15-Year Moutai pairing dinner and a refined lunch service. The latest offerings celebrate premium seasonal ingredients, traditional Cantonese craftsmanship and contemporary culinary artistry.

Breaking the bed bug control industry bottleneck: Nobedbugs-HK redefines global bed bug eradication standards...

Hong Kong-based Nobedbugs-HK is setting a new benchmark in the global pest control industry with its proprietary thermal treatment technology and custom formulations. Having completed over 10,000 successful bed bug eradication projects, the company claims a 100% success rate while addressing long-standing challenges in residential and commercial pest control.

AIA Hong Kong leads industry again with most No.1 market positions in Q1 2026

AIA Hong Kong has once again emerged as the insurer with the most No.1 market positions in the first quarter of 2026, according to provisional statistics released by the Insurance Authority. The company led across multiple categories, including new business policies, inforce policies, agency channel premiums and group insurance, reinforcing its leadership in Hong Kong's insurance market.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings