the sun malaysia ipaper logo 150x150
Tuesday, June 23, 2026
23.4 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Banjir: 43 mangsa di Johor, Sarawak pulih sepenuhnya setakat malam Jan 21 – NADMA

KUALA LUMPUR: Sebanyak 43 mangsa banjir masih berlindung di sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) di Johor manakala PPS di Sarawak telah ditutup sepenuhnya setakat malam ini.

Berdasarkan laporan terkini Pusat Kawalan Bencana Negara Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), satu-satunya PPS yang masih dibuka ialah di daerah Segamat yang menempatkan 12 keluarga.

Sementara itu, tinjauan situasi di Stesen Telemetri Jabatan Pengairan dan Saliran mendapati beberapa sungai berada pada paras bahaya iaitu Sungai Johor di Kota Tinggi, Johor; Sungai Kedah (Kota Setar, Kedah); Sungai Arau (Arau, Perlis); dan Sungai Terengganu (Hulu Terengganu, Terengganu).

NADMA turut memaklumkan sebanyak 17 jalan ditutup akibat banjir, jambatan rosak dan cerun runtuh antaranya Jalan Boh di Cameron Highlands, Pahang; Jalan Lingkaran Kahang Barat di Kluang, Johor dan Jalan Durian Mentangau di Dungun, Terengganu. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Honda LCR unveils striking black-and-gold GOD55 Sports livery for 2026 Italian MotoGP

Honda LCR and GOD55 Sports unveiled a special black-and-gold livery at the 2026 Italian MotoGP in Mugello, marking a milestone in their partnership. The striking design, ridden by returning rider Cal Crutchlow, highlighted the brand's growing presence in global motorsport and fan engagement.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings