the sun malaysia ipaper logo 150x150
Saturday, July 25, 2026
26.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Hannah: Kem badminton perlu main peranan masing-masing untuk julang Piala Thomas

PUTRAJAYA: Skuad badminton negara yang menggalas cabaran di kejohanan Piala Thomas 2024 berlangsung di Chengdu, China bermula Sabtu ini diminta memainkan peranan masing-masing dalam usaha menjulang piala keramat yang kali terakhir diraih kem badminton Piala Thomas 1992.

Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh (gambar) berkata semangat kerjasama ditunjukkan kem badminton ketika itu merupakan kunci kejayaan utama Malaysia berhasil menjulang piala itu, 32 tahun lepas.

“Saya harap skuad negara baik lelaki mahupun wanita (Piala Uber) akan mainkan peranan masing-masing dalam kejohanan itu dan yang paling penting adalah kerjasama sepasukan. Mereka kena benar-benar bertarung kerana Piala Thomas amat penting buat peminat sukan tanah air.

“Mereka perlu melakukan yang terbaik, ada atau tiada peluang. Saya hanya berharap setiap pemain dapat menyumbang, itu paling penting. Mereka tidak boleh hanya memikirkan tentang diri sendiri, semangat itulah yang kita lihat pasukan 1992 ketika mereka bersaing,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara KBS dan dengan industri bagi pelaksanaan Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) Gig di Menara Kementerian Belia dan Sukan (KBS) di sini, hari ini.

Kali terakhir Malaysia muncul juara Piala Thomas adalah pada edisi 1992 di Kuala Lumpur dengan pencapaian terbaik skuad negara selepas itu adalah empat kali muncul naib juara iaitu pada 1994 (Jakarta, Indonesia), 1998 (Hong Kong), 2002 (Guangzhou, China) dan 2014 (New Delhi, India).

Pada saingan kali ini, Malaysia dibarisi empat pemain perseorangan iaitu Lee Zii Jia, Leong Jun Hao, Cheam June Wei dan Justin Hoh manakala beregu terdiri daripada Aaron Chia-Soh Wooi Yik, Nur Izzuddin Rumsani-Goh Sze Fei dan Muhammad Haikal Nazri-Choong Hon Jian.

Malaysia diundi dalam Kumpulan D, akan membuka tirai saingan menentang Hong Kong pada 27 April ini sebelum berdepan Algeria keesokan harinya dan bertemu Denmark pada 30 April untuk aksi terakhir peringkat kumpulan.

Terdahulu, pada majlis MoU tersebut menyaksikan KBS mengorak langkah ke hadapan melaksana program rintis menerusi kerjasama lima rakan strategik bagi memperkasa belia serta melonjakkan kebolehpasaran pelajar TVET dan Ekonomi Gig.

Hannah berkata peringkat permulaan, KBS akan memfokuskan lapan bidang kemahiran iaitu Teknologi Sukan, Fesyen dan Pakaian Automotif, Hospitaliti, Automotif, Fotografi dan Teknologi Maklumat, Kosmetologi serta elektrikal dan mekanikal.

Usaha rintis tersebut dijangka memberi manfaat kepada 2,000 pelajar dan 3,000 belia di seluruh negara.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Mengniu’s Chinese Culture Pavilion captivates the world at the FIFA World Cup

Mengniu has launched a 400-square-metre Chinese Culture Pavilion outside the FIFA World Cup Final venue in New York, showcasing traditional Chinese culture through immersive exhibits inspired by Beijing's Central Axis. The initiative reinforces Mengniu's commitment to promoting Chinese culture while expanding its global presence as an Official Sponsor of the 2026 FIFA World Cup.

House of Origin elevates the Cantonese culinary canon with pristine expressions for summer

House of Origin at Galaxy Macau has launched a new summer dining programme featuring a seasonal Cantonese menu, an exclusive 15-Year Moutai pairing dinner and a refined lunch service. The latest offerings celebrate premium seasonal ingredients, traditional Cantonese craftsmanship and contemporary culinary artistry.

Breaking the bed bug control industry bottleneck: Nobedbugs-HK redefines global bed bug eradication standards...

Hong Kong-based Nobedbugs-HK is setting a new benchmark in the global pest control industry with its proprietary thermal treatment technology and custom formulations. Having completed over 10,000 successful bed bug eradication projects, the company claims a 100% success rate while addressing long-standing challenges in residential and commercial pest control.

AIA Hong Kong leads industry again with most No.1 market positions in Q1 2026

AIA Hong Kong has once again emerged as the insurer with the most No.1 market positions in the first quarter of 2026, according to provisional statistics released by the Insurance Authority. The company led across multiple categories, including new business policies, inforce policies, agency channel premiums and group insurance, reinforcing its leadership in Hong Kong's insurance market.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings