the sun malaysia ipaper logo 150x150
Monday, June 22, 2026
22.1 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Isu stoking: Juruteknik dipenjara enam bulan, denda RM12,000 kerana hina Islam

KUALA LUMPUR: Seorang juruteknik dijatuhi hukuman penjara enam bulan dan denda RM12,000 selepas mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini, kerana membuat hantaran menghina agama Islam berkaitan isu penjualan stoking tertera kalimah Allah di Facebook miliknya empat hari lepas.

Hakim Suzana Hussin juga memerintahkan Chiok Wai Long, 35, dipenjara tiga bulan jika gagal menjelaskan denda, dan hukuman penjara bermula dari tarikh tangkap iaitu 20 Mac lepas.

Lelaki itu didakwa membuat dan memulakan penghantaran komunikasi yang jelik dengan niat untuk menyakitkan hati orang lain melalui aplikasi Facebook menggunakan nama profil ‘Chiok Wai Loong’ pada 18 Mac lepas yang kemudiannya dilihat di Taman Sri Jati, Brickfields pada 3 pagi hari yang sama.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 231(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan boleh dihukum di bawah subseksyen 233(3) akta sama yang memperuntukan hukuman denda tidak lebih RM50,000 atau penjara maksimum setahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Pada prosiding itu Timbalan Pendakwa Raya Datin Kalmizah Salleh memohon hukuman berat dikenakan sebagai pengajaran, selain terdapat 24 laporan polis diterima berkaitan perbuatan tertuduh.

“Hantaran dibuat tidak sensitif terhadap agama Islam. Sebagai rakyat Malaysia yang terdiri daripada (penduduk) pelbagai agama, rasa hormat tidak boleh sama sekali diketepikan,“ katanya.

Sementara itu Chiok yang tidak diwakili peguam dalam rayuannya berkata dirinya tidak berniat dan tidak mengetahui perkataan yang digunakannya boleh bermaksud menghina.

“Saya memang ‘keyboard warrior’… macam hobi, tapi saya tidak sangka ia (posting) menyentuh sensitiviti. Bukan niat saya untuk menghina,“ katanya yang merayu tidak dipenjarakan.

Semalam Bernama melaporkan polis menahan seorang lelaki warga tempatan bagi membantu siasatan berhubung hantaran di media sosial berunsur menghina agama Islam berkaitan isu penjualan stoking tertera kalimah Allah di rangkaian kedai sebaneka. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

UnionPay showcases innovations with 15 ecosystem partners at 2026 China International Financial Exhibition

UnionPay joined 15 ecosystem partners at the 2026 China International Financial Exhibition to showcase advances in global payments, cross-border QR interoperability, artificial intelligence, digital finance, and consumer growth solutions, highlighting its expanding international network and open fintech innovation ecosystem.

Ex-justice minister gets 25 years for S. Korea martial law role

A court sentenced ex-justice minister Park Sung-jae to 25 years for his role in Yoon Suk Yeol's 2024 martial law declaration.

Focus Graphite announces SEDAR+ filing of the NI 43-101 technical report with the updated...

Focus Graphite has filed an updated NI 43-101 technical report for its Lac Tetepisca Project in Quebec, outlining one of the world's largest identified graphite deposits with 120.2 million tonnes of indicated resources and significant expansion potential to support future battery-material supply chains.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings