the sun malaysia ipaper logo 150x150
Tuesday, June 23, 2026
23.4 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Loke: Operasi Pelabuhan Bintulu diserah sepenuhnya kepada kerajaan Sarawak menjelang 2025

PUTRAJAYA: Proses penukaran status Pelabuhan Bintulu kepada Pelabuhan Negeri Sarawak dijangka selesai tahun ini dan keseluruhan operasi pelabuhan tersebut akan diserahkan sepenuhnya kepada kerajaan negeri menjelang 2025, kata Menteri Pengangkutan Anthony Loke.

Satu memorandum persefahaman (MoU) berhubung penukaran status itu dimeterai antara Loke dan Timbalan Premier merangkap Menteri Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas, di sini, hari ini.

“Ini merupakan detik yang penting dan bersejarah,” kata Loke kepada media selepas majlis pemeteraian MoU itu yang disaksikan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Loke berkata objektif MoU itu adalah untuk menyelia dan melancarkan proses penukaran status Pelabuhan Bintulu daripada pelabuhan Persekutuan kepada pelabuhan negeri agar peralihan tersebut dapat dimuktamad tahun ini.

Menurutnya, sebelum pelabuhan itu diserahkan kepada pihak berkuasa pelabuhan di Sarawak, Akta Lembaga Pelabuhan Bintulu 1981 perlu dimansuhkan terlebih dahulu.

“Jadi hari ini kita telah tandatangani MoU untuk memberikan komitmen ini kepada kerajaan Sarawak.

“Selepas ini ada beberapa proses lagi perlu dilaksanakan yang pertamanya kita kena bawa ke Parlimen untuk memansuhkan Akta Pelabuhan Bintulu sebab Pelabuhan Bintulu ini ditubuhkan di bawah satu Akta Parlimen pada tahun 1981,“ katanya.

Selain itu, Loke berkata, Pelabuhan Labuan akan dikeluarkan daripada Akta Lembaga Pelabuhan Bintulu 1981 memandangkan akta tersebut juga turut diguna pakai untuk Pelabuhan Labuan.

“Pelabuhan Labuan masih kekal sebagai pelabuhan Persekutuan. Jadi Pelabuhan Labuan akan dikeluarkan daripada Akta Pelabuhan Bintulu yang akan dimansuhkan sebagai pelabuhan Persekutuan,“ katanya.

Loke berkata beberapa perkara teknikal lain juga akan dibincangkan antara Kementerian Pengangkutan dengan Kementerian Infrastruktur dan Pelabuhan Sarawak termasuk dari segi perjanjian peruntukan kepada pengendali dan kakitangan pelabuhan yang akan dikekalkan selepas penukaran status itu.

Selain itu, katanya, perkara lain yang turut dibincangkan termasuk elemen kewangan yang perlu diperincikan antara kerajaan Persekutuan dengan Sarawak.

“Pelabuhan Bintulu diyakini akan terus menjadi pelabuhan utama bukan saja untuk Sarawak tetapi juga untuk Malaysia sebagai pelabuhan gas asli cecair (LNG) terulung dan dapat diperbesarkan lagi untuk menyokong industri minyak dan gas di Bintulu dan juga perindustrian di Sarawak.

“Penukaran status pelabuhan itu mencerminkan komitmen kerajaan MADANI dalam menegakkan semangat Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) dan melaksanakan perkara-perkara yang terkandung di dalamnya,” kata Loke.

Semasa pembentangan Belanjawan 2024, Perdana Menteri mengumumkan bahawa Kerajaan Persekutuan akan berunding untuk merealisasi penyerahan Pelabuhan Bintulu kepada kerajaan negeri Sarawak bagi melengkapkan ekosistem ekonomi negeri itu. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Hydrowash Detailing Pte Ltd Named Distinguished Brand of the Year, Strengthening Its Position in...

SINGAPORE - Media OutReach Newswire - 23 June 2026 - Hydrowash Detailing Pte Ltd, a Singapore-based automotive detailing company, has been honoured with the Distinguished Brand of the Year award, recognising the company's commitment to service excellence, customer satisfaction, and innovation in automotive care.

Nervotec Launches NervoScan MCP, Giving AI Assistants a Real-World Health Signal From a 10-Second...

SINGAPORE - Media OutReach Newswire - 23 June 2026 - Nervotec, a Singapore-based health AI company, today announced the launch of NervoScan MCP, a contactless biosensing tool that lets MCP-compatible AI assistants read a person's everyday vital signs from a 10-second face scan using any laptop, phone, or webcam camera.

OR Sets 2030 Sustainability Goals Amid Global Energy Transition, Targeting Inclusive Growth for People,...

BANGKOK, THAILAND - Media OutReach Newswire - 23 June 2026 - PTT Oil and Retail Business Public Company Limited (OR), Thailand's leading energy and lifestyle retail operator, has announced its OR 2030 Goals - a comprehensive sustainability framework across three dimensions: Economic Prosperity, Living Community, and Healthy Environment - as the global energy industry undergoes accelerating transition, navigates geopolitical uncertainty, and responds to climate imperatives.

TrendAI™ Named Trusted Partner in the OpenAI Daybreak Cyber Partner Program

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire – 23 June 2026 - TrendAI™, the enterprise AI security leader from Trend Micro Incorporated (TYO: 4704; TSE: 4704), today announced it has joined the OpenAI Daybreak Cyber Partner Program – gaining access to OpenAI's frontier AI capabilities purpose-built for cybersecurity.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings