the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, July 24, 2026
27.6 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Kastam Perlis rampas kanabis, ketum bernilai lebih RM64,000

PADANG BESAR: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Perlis merampas dadah dipercayai kanabis dan daun ketum bernilai RM64,300 dalam serbuan serta pemeriksaan berasingan di kawasan Kuala Perlis dan Padang Besar, Khamis lepas.

Pengarah Kastam Perlis Ismail Hashim berkata kanabis seberat 20.545 kilogram (kg) dianggarkan bernilai RM62,000 itu ditemukan terapung dalam satu bungkusan guni pada 4.30 pagi di Sungai Belati, Kuala Perlis.

“Hasil pemeriksaan di dalam guni menemukan 20 ketulan mampat daun kering disyaki kanabis.

“Dadah itu boleh digunakan lebih 102,000 penagih,” katanya pada sidang media di sini hari ini.

Beliau berkata modus operandi pengedaran dadah terbabit dipercayai dengan menghanyutkan bungkusan guni di perairan sungai bagi mengelak daripada dikesan pihak berkuasa sebelum diambil oleh pihak tertentu.

Sementara itu, beliau berkata pihaknya merampas 230 kg daun ketum dianggarkan bernilai RM2,300 yang disembunyikan dalam sebuah kenderaan pikap bernombor pendaftaran Thailand menerusi pemeriksaan di laluan keluar Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Wang Kelian dekat sini pada 11 pagi hari sama.

Menurut Ismail hasil pemeriksaan terhadap kenderaan yang diubah suai dan dipandu remaja lelaki tempatan berumur 16 tahun itu menemukan beberapa bungkusan berisi daun ketum yang disembunyikan di bonet, ruang tersembunyi belakang kenderaan dan dalam kenderaan itu.

Beliau berkata remaja itu mendakwa melakukan kerja sambilan dengan menerima upah daripada sindiket penyeludupan sekitar RM10 untuk satu perjalanan bagi membawa bekalan daun ketum dipercayai dari kawasan Wang Kelian hingga melepasi sempadan Malaysia-Thailand.

“Kesemua daun ketum disyaki untuk diseludup ke Thailand itu telah disita bersama-sama kenderaan pikap dengan dianggar bernilai RM110,000,” katanya menambah remaja yang masih bersekolah itu dilepaskan dengan jaminan Kastam. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Mengniu’s Chinese Culture Pavilion captivates the world at the FIFA World Cup

Mengniu has launched a 400-square-metre Chinese Culture Pavilion outside the FIFA World Cup Final venue in New York, showcasing traditional Chinese culture through immersive exhibits inspired by Beijing's Central Axis. The initiative reinforces Mengniu's commitment to promoting Chinese culture while expanding its global presence as an Official Sponsor of the 2026 FIFA World Cup.

House of Origin elevates the Cantonese culinary canon with pristine expressions for summer

House of Origin at Galaxy Macau has launched a new summer dining programme featuring a seasonal Cantonese menu, an exclusive 15-Year Moutai pairing dinner and a refined lunch service. The latest offerings celebrate premium seasonal ingredients, traditional Cantonese craftsmanship and contemporary culinary artistry.

Breaking the bed bug control industry bottleneck: Nobedbugs-HK redefines global bed bug eradication standards...

Hong Kong-based Nobedbugs-HK is setting a new benchmark in the global pest control industry with its proprietary thermal treatment technology and custom formulations. Having completed over 10,000 successful bed bug eradication projects, the company claims a 100% success rate while addressing long-standing challenges in residential and commercial pest control.

AIA Hong Kong leads industry again with most No.1 market positions in Q1 2026

AIA Hong Kong has once again emerged as the insurer with the most No.1 market positions in the first quarter of 2026, according to provisional statistics released by the Insurance Authority. The company led across multiple categories, including new business policies, inforce policies, agency channel premiums and group insurance, reinforcing its leadership in Hong Kong's insurance market.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings