the sun malaysia ipaper logo 150x150
Saturday, July 25, 2026
26.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

MPI digesa bangunkan modul khusus AI kepada industri media tempatan

PUTRAJAYA: Kementerian Komunikasi meminta agar satu modul khusus untuk penggunaan kecerdasan buatan atau AI dibangunkan oleh Malaysian Press Institute (MPI) bagi memanfaatkan industri media tanah air.

Menterinya Fahmi Fadzil (gambar) berkata modul itu antaranya dapat membantu memudahkan proses penghasilan berita dan pada masa yang sama mengenal pasti “deep fake”, iaitu penipuan yang menyalahgunakan kandungan, dan menggunakan AI untuk menyebar berita palsu.

“Saya harap dalam masa yang tidak terlalu lama kita boleh ada satu modul, dan kita boleh menjemput rakan-rakan media untuk meniliti dan mengikutinya,” katanya kepada media selepas melancarkan Kod Etika Wartawan Malaysia di sini hari ini.

Ditanya sekiranya beliau berpandangan dengan kemunculan AI wartawan tidak diperlukan lagi, beliau menjawab: “Saya rasa, tidak”.

Beliau berkata AI tidak boleh turun ke lapangan dan bercakap dengan orang ramai.

“Jadi masih ada kekangan itu. Pada masa yang sama kita akui AI mempunyai pelbagai kelebihan, namun dari segi penilaian setakat ini.. mungkin jika kita bandingkan tugas AI menyediakan laporan berbanding manusia, AI mungkin boleh melaksanakan sehingga kira-kira 60 peratus daripada tugasan itu.

“Jadi akan ada banyak kelemahan, kekurangan, yang hanya boleh diisi dengan akal fikiran manusia. Jadi saya fikir terutamanya apabila ia berkaitan dengan hubungan ini, kemudian ada analisis, terdapat banyak disiplin yang berbeza dalam kewartawanan, kita masih lagi tidak boleh gantikan pengkhususan ini dengan sesuatu seperti AI,” tegasnya.

Sementara itu, Fahmi berkata bahawa sebaran berita palsu perlu dikekang, dan beliau menekankan akan perlunya berita yang tepat disebarkan kepada rakyat.

Pada masa yang sama, katanya perlu ada satu usaha untuk meningkatkan tahap kesedaran bagaimana sekiranya wujud sesuatu berita atau maklumat palsu, orang ramai mampu mengenal pastinya.

“Maka saya lihat kod etika kewartawanan yang diluncurkan hari ini adalah sebahagian daripada usaha kerajaan untuk secara keseluruhan membentuk satu budaya yang lebih prihatin terhadap bukan hanya kebenaran, tetapi bersikap adil kepada wartawan juga.

“Kita tidak boleh salahkan media bila menerbitkan sebarang berita kerana ada kalanya pihak-pihak lain mengambil kesempatan menyebarkan maklumat dengan mengambil tangkap layar tanpa pengisian keseluruhan berita yang telah dilaporkan,” tambahnya.

Fahmi turut melihat kepada keperluan untuk MPI dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) membantu menyebarluaskan kod etika wartawan itu, terutama sekali kepada media yang bersifat separa wartawan.

“Mungkiin ada keperluan untuk kita kita teliti mana-mana media lain yang mungkin bersifat separa wartawan, ada yang bersifat gaya hidup, tapi dari semasa ke semasa ada menerbitkan berita yang mungkin boleh menimbulkan sedikit kekeliruan.

“Ini penting supaya landskap media secara kesuluruhan dapat kita jadikan kalis berita paslu dan fitnah,” katanya.

Kod Etika Kewartawanan Malaysia yang diluncurkan hari ini merupakan versi baharu yang diteliti semula oleh Jabatan Penerangan Malaysia (JaPen) untuk menggantikan kod yang telah diguna pakai sejak 35 tahun lepas. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Mengniu’s Chinese Culture Pavilion captivates the world at the FIFA World Cup

Mengniu has launched a 400-square-metre Chinese Culture Pavilion outside the FIFA World Cup Final venue in New York, showcasing traditional Chinese culture through immersive exhibits inspired by Beijing's Central Axis. The initiative reinforces Mengniu's commitment to promoting Chinese culture while expanding its global presence as an Official Sponsor of the 2026 FIFA World Cup.

House of Origin elevates the Cantonese culinary canon with pristine expressions for summer

House of Origin at Galaxy Macau has launched a new summer dining programme featuring a seasonal Cantonese menu, an exclusive 15-Year Moutai pairing dinner and a refined lunch service. The latest offerings celebrate premium seasonal ingredients, traditional Cantonese craftsmanship and contemporary culinary artistry.

Breaking the bed bug control industry bottleneck: Nobedbugs-HK redefines global bed bug eradication standards...

Hong Kong-based Nobedbugs-HK is setting a new benchmark in the global pest control industry with its proprietary thermal treatment technology and custom formulations. Having completed over 10,000 successful bed bug eradication projects, the company claims a 100% success rate while addressing long-standing challenges in residential and commercial pest control.

AIA Hong Kong leads industry again with most No.1 market positions in Q1 2026

AIA Hong Kong has once again emerged as the insurer with the most No.1 market positions in the first quarter of 2026, according to provisional statistics released by the Insurance Authority. The company led across multiple categories, including new business policies, inforce policies, agency channel premiums and group insurance, reinforcing its leadership in Hong Kong's insurance market.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings