the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, July 24, 2026
32 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

MsPuiyi failkan saman sivil terhadap bekas rakan kongsi

GEORGE TOWN: Pempengaruh dan pelakon Siew Pui Yi (gambar) memfailkan saman sivil terhadap bekas rakan kongsi perniagaannya kerana didakwa menipunya menyebabkan beliau mengalami kerugian RM4.3 juta.

Selebriti internet berumur 25 tahun yang lebih dikenali sebagai MsPuiyi itu berkata beliau memfailkan saman sivil terhadap lelaki berumur 29 tahun itu secara dalam talian melalui peguamnya, K. Mahendren, di Mahkamah Tinggi Pulau Pinang semalam.

Beliau mendakwa lelaki itu yang juga bekas ahli lembaga pengarah syarikatnya memperdayakannya untuk menyerahkan wang bagi menyelesaikan tunggakan cukai pendapatannya dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) tahun lepas.

“Saya menfailkan tindakan sivil ini terhadap lelaki itu kerana dia (lelaki) menipu dan memperdaya saya untuk menyerahkan kira-kira RM4.3 juta, dengan menjanjikan beliau dapat menyelesaikan isu cukai pendapatan saya dengan LHDN.

“Seterusnya saya dapati beliau tidak menyelesaikan masalah cukai pendapatan saya. Disebabkan tindakan itu saya telah mengalami kerugian. Tindakan sivil yang saya failkan adalah untuk mendapatkan semula jumlah wang ditipu oleh beliau,“ katanya dalam sidang media di sini hari ini.

Siew berkata dia mengenali lelaki itu melalui seorang rakan pada 2019 sebelum mereka menjadi rakan kongsi perniagaan dan beliau melantik lelaki itu sebagai ahli lembaga pengarah syarikatnya, sekali gus menguruskan hal ehwal sumber manusia dan pelaburan dana syarikat.

Menurutnya beliau juga telah membuat laporan polis pada 24 Okt lepas berkenaan kes itu di Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Timur Laut.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Netvigator wins Six Ookla® Speedtest® awards again

HKT's Netvigator has once again secured six Ookla Speedtest awards in the first half of 2026, reaffirming its leadership in fixed broadband performance. The provider also earned its first recognition as Hong Kong's Most Consistent Fixed Network while continuing to expand its F5G-A Super Broadband network.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings