the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, July 24, 2026
27.6 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

MITI masih kekalkan sasaran 10,000 stesen pengecas EV pada 2025

DENGKIL: Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) masih mengekalkan sasaran 10,000 stesen pengecas kenderaan elektrik (EV) beroperasi di negara ini pada 2025, kata Menterinya Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.

Beliau berkata sebarang semakan terhadap sasaran itu akan diputuskan dalam mesyuarat Jawatankuasa Pemandu EV Kebangsaan (NEVSC) yang akan diadakan dalam masa terdekat.

“Semasa saya berbincang dengan mereka (pihak industri), mereka masih yakin (dengan sasaran itu)…angka itu terlalu agresif bagi saya, namun, mereka masih boleh mencapainya kerana beberapa bulan lepas (stesen pengecas EV) adalah 1,400 dan bulan lepas jumlah itu sudah melebihi 2,000.

“Mereka berusaha dengan cukup pantas tetapi kita akan lihat kerana mesyuarat jawatankuasa EV akan membincangkan sama ada kita perlu mengekalkan atau tidak sasaran itu. Pihak industri dilihat optimistik,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis pelancaran Stesen Pengecas Terbesar Tesla di Asia Tenggara di sini, pada Rabu.

Pelancaran itu disempurnakan oleh Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Beliau berkata pada masa ini sebanyak 2,020 stesen pengecas EV beroperasi di seluruh negara.

Tengku Zafrul berkata kerajaan menawarkan pelbagai insentif dan inisiatif kepada peserta industri EV bagi memastikan sasaran itu dapat dicapai.

“Dasar yang kita ada sekarang ini bertujuan mempercepat kelulusan, itu satu kerjasama dengan kementerian dan agensi lain seperti Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Suruhanjaya Tenaga, Tenaga Nasional Bhd, Pihak Berkuasa Tempatan dan sebagainya,” katanya.

Mengenai Tesla, beliau berkata kerajaan mengucapkan tahniah atas pembukaan stesen supercharging terbesar Asia Tenggara di Gamuda Cove, di sini, yang menawarkan enam Pengecas Super dan 18 Pengecas Destinasi.

“Tesla menawarkan dua perkara, mereka mewujudkan stesen pengecasan serta menjual kereta. Jadi, syarikat ini membina ekosistem keseluruhan,” katanya.

Beliau berkata usaha Tesla menerusi cara yang betul itu dapat mengurangkan kebimbangan pengguna EV mengenai pengecasan kereta mereka.

Kerajaan komited memastikan sekurang-kurangnya 30 peratus daripada pengecas paling pantas yang telah dibangunkan di Malaysia dibuka untuk kegunaan awam iaitu untuk kenderaan selain daripada jenama Tesla, katanya.

Sementara itu, ketika berucap, Tengku Zafrul kerajaan mengalu-alukan jejak pertumbuhan pesat Tesla di Malaysia, yang memperkenalkan Model Y dan Model 3 yang dinanti-nantikan kepada pasaran Malaysia sejak Julai tahun lepas selain melancarkan Pengecas Super pertama negara, dan menubuhkan Pusat Pengalaman Tesla dan ibu pejabat Malaysia di Cyberjaya.

“Dedikasi Tesla untuk menyokong penggunaan EV di Malaysia dibuktikan lagi dengan kerjasamanya dengan pemasang tempatan telah menawarkan lebih 1,300 pemasangan pengecasan rumah.

“Tesla juga telah meningkatkan rangkaian pengecasan EV kita dengan ketara, menerusi inisiatif mewujudkan 36 Pengecas Super dan 55 Pengecas Destinasi di seluruh Malaysia,” katanya.

Beliau berkata sebanyak 14 Pengecas Super dan 26 Pengecas Destinasi ditempatkan di Selangor, menunjukkan komitmen mereka untuk memajukan infrastruktur EV Malaysia.

Tengku Zafrul berkata Tesla merancang untuk mengembangkan rangkaian pengecasan dengan menambah kemudahan baharu di lokasi utama seperti Kuantan (Pahang), Pulau Pinang, Putrajaya dan Kuala Lumpur pada suku kedua tahun ini.

“Kerajaan mengalu-alukan perkembangan ini dan menghargai sumbangan Tesla yang turut membangunkan stesen pengecasan untuk jenama bukan Tesla,” katanya. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Mengniu’s Chinese Culture Pavilion captivates the world at the FIFA World Cup

Mengniu has launched a 400-square-metre Chinese Culture Pavilion outside the FIFA World Cup Final venue in New York, showcasing traditional Chinese culture through immersive exhibits inspired by Beijing's Central Axis. The initiative reinforces Mengniu's commitment to promoting Chinese culture while expanding its global presence as an Official Sponsor of the 2026 FIFA World Cup.

House of Origin elevates the Cantonese culinary canon with pristine expressions for summer

House of Origin at Galaxy Macau has launched a new summer dining programme featuring a seasonal Cantonese menu, an exclusive 15-Year Moutai pairing dinner and a refined lunch service. The latest offerings celebrate premium seasonal ingredients, traditional Cantonese craftsmanship and contemporary culinary artistry.

Breaking the bed bug control industry bottleneck: Nobedbugs-HK redefines global bed bug eradication standards...

Hong Kong-based Nobedbugs-HK is setting a new benchmark in the global pest control industry with its proprietary thermal treatment technology and custom formulations. Having completed over 10,000 successful bed bug eradication projects, the company claims a 100% success rate while addressing long-standing challenges in residential and commercial pest control.

AIA Hong Kong leads industry again with most No.1 market positions in Q1 2026

AIA Hong Kong has once again emerged as the insurer with the most No.1 market positions in the first quarter of 2026, according to provisional statistics released by the Insurance Authority. The company led across multiple categories, including new business policies, inforce policies, agency channel premiums and group insurance, reinforcing its leadership in Hong Kong's insurance market.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings