the sun malaysia ipaper logo 150x150
Monday, June 29, 2026
28.5 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Kegiatan muat turun bahan penganiayaan kanak-kanak di internet masih berleluasa

KUALA LUMPUR: Kegiatan memuat turut dan berkongsi kandungan lucah kanak-kanak atau bahan penganiayaan seksual kanak-kanak (CSAM) dalam talian, masih pada tahap membimbangkan, walaupun menunjukkan trend penurunan sejak dua tahun lepas.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Siasatan Seksual, Wanita & Kanak-Kanak (D11) Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman SAC Siti Kamsiah Hassan berkata bagi tempoh dua bulan pertama tahun ini, pihaknya mengesan 808 aktiviti muat turun dan perkongsian kandungan sedemikian.

“Angka ini merupakan jumlah aktiviti muat turun yang dikenal pasti dan tidak merujuk kepada bilangan individu yang melakukan perbuatan berkenaan, kerana terdapat kemungkinan seorang individu melakukan lebih daripada sekali muat turun,” katanya kepada Bernama baru-baru ini.

Siti Kamsiah berkata jumlah aktiviti itu, dikesan berkurangan setiap tahun dengan pada 2022 dan 2023, masing-masing sebanyak 41,096 dan 33,692 aktiviti, direkodkan.

Beliau berkata ke arah mengekang kegiatan itu dari berleluasa, pihaknya kini dalam proses membangunkan bank data, antara lain bagi menyimpan maklumat mengenai kejadian yang berlaku dalam negara.

“Kami juga giat melaksanakan kempen kesedaran melalui ceramah dan pameran, bagi meningkatkan kesedaran orang ramai,” katanya.

Siti Kamsiah berkata bagi tempoh 2021 hingga tahun lepas, sejumlah 139 kertas siasatan telah dibuka bagi kes melibatkan bahan lucah membabitkan kanak-kanak, mengikut Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Beliau berkata kes penderaan seksual, penderaan kanak-kanak dan keganasan rumah tangga pula menunjukkan peningkatan setiap tahun, terutama melibatkan jenayah rogol, amang seksual fizikal dan seks luar tabie.

“Bagi tempoh 2021 sehingga 2023 sebanyak 38,424 kes jenayah terhadap kanak-kanak dan wanita direkodkan di seluruh negara, dengan kes keganasan rumah tangga mencatatkan kes tertinggi dengan 19,487 kes,” katanya.

Beliau berkata ini diikuti kes rogol sebanyak 4,277 kes, amang seksual fizikal (3,455), mencabul kehormatan (2,698), kanak-kanak hilang (2,257) dan penderaan kanak-kanak (1,878).

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Doubleview Provides Hat Project Development Update as Ongoing Drilling Supports Next Mineral Resource Estimate...

Vancouver, British Columbia - Newsfile Corp. - June 29, 2026 - Doubleview Gold Corp. (TSXV: DBG) (OTCQB: DBLVF) (FSE: 1D4) ("Doubleview" or the "Company") is pleased to provide an update on ongoing technical and development work at its 100%-owned Hat Project in northwestern British Columbia.

Prudential and South East CDC launch programme to help 3,000 children learn money management...

With rising temperatures and dengue risks becoming a growing concern in Singapore, Prudential Singapore ("Prudential"), in partnership with South East Community Development Council ("South East CDC"), has launched Get Fit! Get Lit! (GFGL).

Siam Paragon creates a world-class horological benchmark with “Siam Paragon Bangkok Watch Week 2026”

Siam Paragon, a 'global luxury destination' and a top-of-mind destination recognized by both locals and international visitors worldwide, is set to once again captivate the international watch community with the return of "Siam Paragon Bangkok Watch Week 2026.

The Work Project to open third London location at UK’s largest net zero office...

The Work Project will open its third London location at 105 Victoria Street, the UK's largest net zero office development, offering premium flexible workspaces and access to sustainability-focused amenities designed to support collaboration, wellbeing and business growth.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings