the sun malaysia ipaper logo 150x150
Wednesday, July 1, 2026
32 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Syarikat pembekal gas didenda RM350,000 jual gas petroleum cecair kepada syarikat tidak berlesen

KUALA LUMPUR: Sebuah syarikat pembekal gas didenda RM350,000 oleh Mahkamah Sesyen Petaling Jaya di sini hari ini selepas mengaku bersalah atas tujuh pertuduhan menjual barang kawalan berjadual iaitu sebanyak 438,312 kilogram gas petroleum cecair kepada syarikat tidak berlesen antara Februari hingga Ogos 2020.

Hakim Noor Ruzilawati Mohd Nor menjatuhkan hukuman itu ke atas Syarikat Heng Seng & Company Sdn Bhd selaku Orang Kena Saman (OKS), diwakili pengarahnya Tan Kim Soon, 35, yang mengaku bersalah atas kesemua tujuh pertuduhan berkenaan.

Mahkamah menjatuhkan hukuman denda RM50,000 bagi setiap pertuduhan.

Mengikut pertuduhan pertama hingga ketujuh, syarikat itu selaku pemegang lesen CSA didapati enjual barang kawalan yang juga merupakan barang berjadual iaitu gas petroleum cecair berjumlah 438,312 kilogram kepada Pure Gas Enterprise yang tidak mempunyai lesen atau kebenaran bertulis daripada Pengawal Bekalan yang melanggar subperaturan 9(2) Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan 1974.

Kesalahan didakwa dilakukan di sebuah premis di Bandar Sunway, Petaling Jaya antara 6 Feb 2020 hingga 25 Ogos 2020 mengikut Peraturan 21(1) Peraturan-Peraturan sama dan boleh dihukum di bawah Seksyen 22 (2) Akta Kawalan Bekalan 1961 yang membawa hukuman denda maksimum RM2 juta manakala bagi kesalahan kali kedua atau seterusnya boleh didenda tidak melebihi RM5 juta.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Nurul’Ain Shafie dan Pegawai Pendakwa KPDN Firdaus Ruslan manakala syarikat itu diwakili peguam Datuk Abu Bakar Isa Ramat. -Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

L.K. Technology Announces 2025/2026 Annual Results

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire - 1 July 2026 - L.K. Technology Holdings Limited (Stock code: 558, the "LK TECH", and together with its subsidiaries, the "Group") announces the annual results for the twelve months ended 31 March, 2026 (the "Year").

ICONSIAM Captivates the World with Historic Rainbow Drone and Fireworks Spectacular, Showcasing Thailand’s Readiness...

BANGKOK, THAILAND - Media OutReach Newswire - 1 July 2026 - ICONSIAM, the global landmark and experiential destination on the banks of the Chao Phraya River, successfully concluded Pride Month 2026 with a historic celebration that captured worldwide attention and reinforced Thailand's position as a leading Pride-Friendly Destination.

MASA Singapore 2026 Presents Indonesia’s Creative Movement Across Takashimaya Square and Gardens by the...

SINGAPORE - Media OutReach Newswire - 1 July 2026 - MASA Singapore 2026, a multidisciplinary cultural movement celebrating Indonesia's contemporary creative movement, will take place from 2 July to 10 August 2026 across Takashimaya Square and Gardens by the Bay in Singapore.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings