the sun malaysia ipaper logo 150x150
Saturday, July 25, 2026
26.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

KKM pertimbang sedia kawasan khas merokok bagi premis makanan di kawasan sempit

KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan (KKM) akan mempertimbang langkah menyediakan kawasan khas merokok khususnya bagi premis makanan di kawasan sempit.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad (gambar) berkata premis di kawasan sempit agak sukar bagi mematuhi jarak tiga meter untuk merokok yang dikuatkuasakan ketika ini.

“Kementerian Kesihatan mengambil pertimbangan hal ini, kita sedia maklum kalau tiga meter jarak (merokok) dari premis makanan, sudah hampir dengan premis lain.

“Kami pasti akan mempertimbang keperluan mengadakan tempat tertentu seperti negara maju lain iaitu Singapura, Jepun dan Hong Kong di mana mereka punya tempat yang diizinkan untuk merokok,” katanya kepada pemberita pada Sesi Perjumpaan Meja Bulat sempena Program Tinjauan Mesra Premis Bersih, Bebas Asap (BeBAs) hari ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata perkara itu bukanlah satu langkah mengundur ke belakang sebaliknya bagi memastikan larangan merokok pada jarak tiga meter dari premis makanan dipatuhi.

“Kami akan ambil pertimbangan yang serius supaya kawasan sempit seperti di Jalan Alor, Bukit Bintang ada tempat khas untuk perokok,” katanya.

Dr Dzulkefly juga berkata Jalan Alor akan dijadikan sebagai model peranan bagi Kuala Lumpur Street Food yang mematuhi tahap kebersihan serta larangan merokok di premis makanan dan kawasan penjaja.

Beliau berkata justeru itu, program tinjauan mesra yang buat julung kalinya diadakan telah memilih Jalan Alor, yang merupakan pusat tarikan pelancong, dalam usaha memberi kefahaman, sokongan dan pematuhan masyarakat terhadap usaha ini.

“Malam ini kita ambil langkah dekati pemilik untuk memastikan agenda kempen premis BeBAs dapat dijayakan.

“Sepanjang tinjauan mesra tadi juga, tiga premis telah mendapat pengiktirafan premis ‘Bersih dan Selamat’ (BeSS)… program ini sudah pasti akan diperluas ke tempat lain seperti Putrajaya, Ipoh dan Pulau Pinang berlandaskan apa yang ada di Jalan Alor,” katanya. –Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Mengniu’s Chinese Culture Pavilion captivates the world at the FIFA World Cup

Mengniu has launched a 400-square-metre Chinese Culture Pavilion outside the FIFA World Cup Final venue in New York, showcasing traditional Chinese culture through immersive exhibits inspired by Beijing's Central Axis. The initiative reinforces Mengniu's commitment to promoting Chinese culture while expanding its global presence as an Official Sponsor of the 2026 FIFA World Cup.

House of Origin elevates the Cantonese culinary canon with pristine expressions for summer

House of Origin at Galaxy Macau has launched a new summer dining programme featuring a seasonal Cantonese menu, an exclusive 15-Year Moutai pairing dinner and a refined lunch service. The latest offerings celebrate premium seasonal ingredients, traditional Cantonese craftsmanship and contemporary culinary artistry.

Breaking the bed bug control industry bottleneck: Nobedbugs-HK redefines global bed bug eradication standards...

Hong Kong-based Nobedbugs-HK is setting a new benchmark in the global pest control industry with its proprietary thermal treatment technology and custom formulations. Having completed over 10,000 successful bed bug eradication projects, the company claims a 100% success rate while addressing long-standing challenges in residential and commercial pest control.

AIA Hong Kong leads industry again with most No.1 market positions in Q1 2026

AIA Hong Kong has once again emerged as the insurer with the most No.1 market positions in the first quarter of 2026, according to provisional statistics released by the Insurance Authority. The company led across multiple categories, including new business policies, inforce policies, agency channel premiums and group insurance, reinforcing its leadership in Hong Kong's insurance market.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings